Para Pelakon
Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Catriona Brian Ross, Niezam Zaidi, Haeriyanto Hassan, Ainina Ahmad, Fatin Afeefa.Sinopsis Drama Cindai
Kisah tentang kehidupan seorang gadis yang menghidapi bipolar disorder bernama Cindai, dia juga seorang gelandangan kerana tidak mempunyai saudara yang boleh ditumpang.Niat Rudy nak membunuh dengan memukul dengan kayu berjaya dihalang oleh orang kampung yang baru tiba. Rudy dan Azizah ditangkap dan dibawa ke balai polis.
Cindai berjaya mendapatkan semula kalung emas miliknya. Lebih membanggakannya, dia bukan saja berjaya mendapatkan kalungnya yang diragut malah dia berjaya dapat duit peragut yang tercicir.
Iskandar sangat malu dengan perlakuan ibunya dan mempersoalkan kenapa Hanif selaku orang luar mendapat peratusan saham lebih tinggi berbanding Iskandar yang merupakan anak.
Info lain
Pelakon, Raysha Rizrose, menganggap peluang menjayakan watak antagonis dalam drama, Cindai, sebagai impian yang menjadi nyata.
Katanya, selepas sering diamanahkan melakonkan karakter baik, dia teruja apabila julung kali dicabar menghidupkan watak jahat menerusi naskhah terbitan JS Pictures itu.
“Saya percaya, setiap peluang yang dihulurkan kepada pelakon menjadi medan untuk kami mempelbagaikan kebolehan.
“Menerusi watak Jasmin ini pula, saya harus keluar dari zon selesa, seterusnya mencabar keupayaan diri. Saya perlu menggunakan peluang ini bagi membuktikan bakat seni dimiliki,” kata adik kepada Uqasha dan Nelydia Senrose itu.
Menurutnya, agak lama juga dia menantikan watak sedemikian dalam usahanya menjadi pelakon lebih baik.
“Akhirnya, produksi JS Pictures yang membuka peluang untuk saya mencuba watak sebegitu. Awalnya, Yasmin kelihatan seperti seorang yang baik. Bagaimanapun, perlahan-lahan penonton akan dapat menyaksikan sisi hitam wanita itu.
“Pendek kata, Yasmin ialah wanita yang mempunyai masalah jiwa. Ia menjadikan watak berkenaan cabaran besar untuk saya jayakan,” katanya yang mengakui cukup menggemari peranan seperti itu.
Menurut Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz, 23, dia sebenarnya terbuka untuk meneroka apa sahaja watak diberikan.
“Selama ini, memang watak baik yang sering saya terima. Saya sendiri masih hijau dalam lakonan, jadi saya anggap apa sahaja tawaran dan watak yang diamanahkan sebagai proses pembelajaran.
“Kalau sudah lama berada di pentas seni, pastinya saya mahu terus mencabar diri dan enggan selesa dengan apa yang ada,” katanya.
Tambah Raysha, dia sedar, mungkin ada yang beranggapan dirinya belum popular atau menyerlah dalam bidang seni.
“Mungkin belum masanya untuk saya berada pada tahap itu. Jujurnya, menyerlah atau popular itu sangat subjektif.
“Apa yang lebih penting buat waktu ini, saya terus belajar mewarnai dan mendalami setiap watak yang diberikan,” katanya yang mula aktif dalam lakonan sekitar tiga tahun lalu.