Drama Atin, Atan & Mak Cun (TV3)

Atin, Atan & Mak Cun

Saksikan drama komedi Atin, Atan & Mak Cun akan ditayangkan di slot Iris TV3 bermula 18 Julai, setiap Isnin hingga Khamis jam 6:30 petang.

JUDUL : ATIN, ATAN & MAK CUN (MAK CUN 5)
TARIKH TAYANGAN : 18 Julai 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 6:30 petang
SIARAN TV : Slot Iris TV3
PENGARAH : Izuan Mokhtar
PRODUKSI : Rumah Karya Citra
PELAKON : Eirma Fatima, Jay Nazif, Nur Khadra Syamimi, Zareef Yusof, Umie Aida, Nora Danish, Dato Rahim Razali, Sherry Alhadad, Amelina, Chef Zam, Muzayyin, Putri Qaseh, Damia Qaissarah, Anwar Syafiq, Wafiy Irfan Ariffen

WATAK PELAKON 
Erma Fatima sebagai Mok Cun
Jay Nazif sebagai Atan
Nur Khadra Syamimi sebagai Atin
Zareef Yusof sebagai Fitri
Umie Aida sebagai Manisah
Nora Danish sebagai Halimatun
Dato Rahim Razali sebagai Pak Akob
Sherry Alhadad sebagai Cik Kuntum
Amelina sebagai Kamsiah
Putri Qaseh sebagai  Orkid  
Damia Qaissarah sebagai  Mimi

SINOPSIS MAK CUN 5
Mak Cun sibuk membuat persiapan untuk memasarkan produk keluarannya ke Guangzhou, China pula kali ini. Mak Cun sangat teruja dan gigih belajar bahasa Cina dengan Mei Ling. Manisah terkejut apabila mengetahui Mak Cun ingin ke China. Dia memujuk Mak Cun untuk membawanya ke China juga  kerana dia pun baru sahaja mengeluarkan produk sendiri.

Seperti biasa, Manisah beriya-iya hendak ke China tetapi tidak mahu belajar bahasa Cina dan tidak membuat persiapan yang sepatutnya untuk ke sana. Mak Cun terkejut apabila melihat adiknya Kuntum, pulang ke kampung setelah 12 tahun membawa diri ke Arab Saudi kerana kecewa putus cinta. Kuntum mendapat tawaran kerja di Hospital Kuala Lumpur dan sementara itu dia akan tinggal di kampung dan membantu untuk menjaga Atin dan Atan sementara Mak Cun ke China.

Setelah berjaya membantu perniagaan Mak Cun tular dan semakin dikenali ramai, Atin kini dalam misinya untuk mengajar rakan-rakan yang lemah dalam pelajaran terutamanya subjek Matematik. Atin mengajar Amat, Ramu, Fatin, Orkid termasuklah kembarnya, Atan di waktu lapang mereka. Atin mahu rakan-rakan sekampungnya menjadi pintar. Atin turut menunjukkan cara bagaimana untuk membuat jadual belajar bagi memudahkan rakan-rakannya belajar mengikut ketetapan dan membuat ulangkaji mengikut waktu.

Atin juga sangat teruja membuat persiapan bagi hari penyampaian hadiah cemerlang di sekolahnya. Atin yakin bahawa dia pasti akan membawa pulang anugerah Pelajar Terbaik sekali lagi tahun ini. Malangnya, di hari penyampaian hadiah itu, bukan nama Atin yang diumumkan sebagai pelajar terbaik, sebaliknya nama Feng Ying yang dipanggil. Atin kecewa kerana dia gagal mempertahankan namanya sebagai pelajar terbaik. Atin kecewa dan dia berazam untuk mengalahkan Feng Yin.

Mereka sekeluarga dikejutkan dengan kepulangan Atul dan anaknya Fitri ke kampung. Atin dan Atan tidak menyukai Fitri yang banyak menghabiskan masanya dengan gajet. Atan tidak suka Fitri kerana dia sukar untuk berkomunikasi dengan Fitri yang bercakap menggunakan bahasa inggeris.

Adakah Mak Cun akan berjaya menembusi pasaran di China? Dapatkah Atin mengatasi pencapaian  Feng Yin dan bolehkan Fitri menyesuaikan diri hidup di kampung?

Mak Cun 5


Related Posts

Load comments