Telefilem Syawal Untuk Semah lakonan Fahrin Ahmad dan Nabila Huda

Telefilem Syawal Untuk Semah bersiaran Rabu, 5 Jun 2019, 4:00 petang di TV3. Terbitan Rashbir Media Sdn Bhd, skrip Basri Musa dan arahan Rashid Sibir.

Telefilem Syawal Untuk Semah

Para Pelakon

Norlia Ghani, Fauziah Nawi, Fahrin Ahmad, Nabila Huda, Syazuwan Hassan.



Sinopsis Syawal Untuk Semah

Sikap Semah yang terlalu memanjakan Aidil membuatkannya makin lupa daratan apabila usianya semakin meningkat dewasa. Semah sanggup menjual tanah pusaka untuk menampung perniagaan Aidil namun dihalang oleh ibu saudaranya, Mak Timah.

Aidil sakit hati dengan Mak Timah yang dianggap cuba mengawal hidup mereka. Aidil tekad mengajak ibunya tinggal dengannya di bandar dan menghasut ibunya dengan mengatakan bahawa Mak Timah tidak ikhlas untuk membantu mereka selama ini.

Hubungan Mak Timah dengan Semah yang sebelum ini sangat rapat menjadi kian renggang sejak daripada kejadian itu.

Related Posts

Load comments