Drama Utusan Cinta Buat Adam [2019] Akasia TV3



Nantikan drama menarik Utusan Cinta Buat Adam yang akan disiarkan di slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Kamal Adli, Puteri Aishah, Sharifah Sakinah dan ramai lagi. Drama 28 episod arahan Along Kamaludin ini akan menemui penonton pada 3 Julai 2019.

Details
Tajuk : Utusan Cinta Buat Adam
Episod Penuh: 28
Tarikh Tayangan : 3 Julai 2019
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
Saluran : Slot Akasia TV3
Pengarah : Along Kamaludin
Penulis Novel: Myra Ameer
Terbitan : A-Ten Alliances Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Puteri Aishah sebagai Aireen Husna
Kamal Adli sebagai Adam Firdaus
Sharifah Sakinah sebagai Liyana
Kartina Aziz sebagai Tok Wan
Nazeera Sardi sebagai Fazrin

Sinopsis Utusan Cinta Buat Adam
Drama ini mengisahkan tentang Aireen Husna yang masih lagi tidak mempunyai pasangan hidup walaupun umurnya telah mencapai tiga puluhan. Aireen yang merupakan seorang doktor mengimpikan untuk bertemu dengan lelaki idamannya iaitu seorang yang kaki masjid. Hajat Aireen termakbul apabila dia telah berkenan untuk mengenali seorang lelaki setelah beberapa kali bertembung di masjid. 

Lelaki tersebut adalah Adam Firdaus, seorang pensyarah berumur 35 tahun yang masih juga belum menemui wanita yang sesuai untuk dijadikan suri rumahnya. Walaupun sudah ramai calon menantu diperkenalkan oleh keluarganya namun masih juga gagal menyelesaikan masalahnya. Sehinggakan Adam berkata sekiranya ada perempuan yang berani melamarnya, dia akan terima.

Sebaik mengetahui Adam adalah anak kenalan ibu saudaranya, Aireen langsung menyuruh ibu saudaranya mengirimkan utusan melamar Adam untuk dijadikan pasangan hidup.

Perkahwinan Adam dan Aireen tidak direstui nenek adam, Tok Wan yang mahu cucu kesayangannya itu berkahwin dengan Liyana.

Gambar Pelakon





Related Posts

Load comments