Drama Setelah Terlafaznya Akad lakonan Kamal Adli dan Uqasha Senrose

Bermula 17 Jun 2019 di Slot MegaDrama Astro Ria, drama adaptasi novel bertajuk Setelah Terlafaznya Akad karya Anna Milia akan memulakan siarannya. Terbitan produksi Juita Viden Production Sdn Bhd dan arahan pengarah popular Michael Ang. Skrip ditulis oleh Rehal Nuharis dan Bikash Nur Idris.

Drama Setelah Terlafaznya Akad

Para Pelakon

Kamal Adli, Uqasha Senrose, Zeera Azizi, Nadya Syahera, Erwin Dawson, Zulhemy, Sharifah Shahora, Alif Muhaimin, Norlia Ghani, Hamidah Wahab.


Trending: Drama Sweet Dreams lakonan Ben Amir dan Mira Filzah



Sinopsis Setelah Terlafaznya Akad

Setelah bercerai dengan Hani, Hannan dipaksa berkahwin dengan Nawal atas ugutan ibunya, Wan Masitah. Nawal pula menerima sahaja pinangan keluarga Hanan demi menutup satu rahsia besar.

Namun, hati Hanan tetap untuk bekas isterinya, Hani dan anaknya, Qalish walaupun perhubungan mereka ditentang oleh ibu Hannan dan ibu bapa Hani. Kerana terlalu ingin mendapatkan Hani, dalam tak sedar Nawal banyak berkorban dan terluka.

Usai melafazkan talak terhadap Nawal, barulah Hanan sedar yang dirinya amat memerlukan Nawal. Nawal yang tidak sempurna tetapi mampu melengkapkan hidup Hanan.

Pada masa ini, Hanan bukan sahaja menceraikan Nawal tetapi dia turut melepaskan Hani dari cintanya. Dan bermulalah ekspedisi Hanan untuk meraih cinta dan kepercayaan Nawal terhadapnya.

Bagaimana Nawal pernah disakiti dengan tindak tanduk Hanan, begitulah perasaan Hanan apabila Nawal mula bersikap dingin dan degil.

Bermacam cara Hanan memujuk Nawal sementelah bila Hanan mendapati Nawal mengandungkan zuriat mereka. Hanan menatang Nawal dan zuriat mereka seperti minyak yang penuh.

Gambar Pelakon

Drama Setelah Terlafaznya Akad


drama setelah terlafaznya akad

Saksikan nanti drama Setelah Terlafaznya Akad yang bersiaran 28 episod pada setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.

Related Posts

Load comments