Drama Kariah Cak Pong (TV3)

Kariah Cak Pong

Drama bersiri Kariah Cak Pong akan menemui penonton di slot Iris TV3. Menmenampilkan pelakon Razak Ahmad, Kazar Saisi, Shamsul Ghau Gahu, Amelina, Hanna Aqeela dan ramai lagi. Drama komedi arahan Shuhaimi Lua ini akan disiarkan mulai 13 Jun 2019, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.30 petang di TV3.

JUDUL : KARIAH CAK PONG
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 13 Jun 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 6:30 petang
SIARAN TV : Slot Iris TV3
SKRIP : Zaharuddin Md Desa - Zeck Vion
PENGARAH : Shuhaimi Lua Abdullah
PRODUKSI : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Shamsul Ghau Ghau, Kazar Saisi, Razak Ahmad, Hanna Aqeela, Kuna Muzani, Amyza Aznan, Feiyna Tajuddin, Zee Zainal, Acap Jamaludin, Faez Nick, Zahir, Dai Danial, Kamal, Ferth Jasni , Amelina, Sissy Imann, Amar Asyraf, Chef Zam, Abil, Ilman Saldi

WATAK PELAKON
Shamsul Ghau Ghau sebagai Pak Nan
Kazar Saisi sebagai Pak Nin
Razak Ahmad sebagai Pak Non
Hanna Aqeela sebagai Shuhaza
Amelina sebagai Mak Ndak Bella
Sissy Imann sebagai Cik Tiara
Amar Asyraf sebagai Izrail Syaaban
Chef Zam sebagai Wabah Uwais
Kuna Muzani sebagai Mak Shidah
Amyza Aznan sebagai Mek Siah
Feiyna Tajuddin sebagai Rokiah
Zee Zainal sebagai Murad Mikael
Acap Jamaludin sebagai Daud Darwish
Faez Nick sebagai Joe Mutalib
Zahir sebagai Fairuz Abu Salim
Dai Danial sebagai Dai Hazim
Kamal sebagai Ustaz Rudy
Ferth Jasni sebagai Lan Polat
Abil sebagai Fazli
Ilman Saldi sebagai Fizul

LAGU TEMA / OST 
Kariah Cak Pong - Daus Eli
Sungguh Aku - Aiman Samsul

SINOPSIS KARIAH CAK PONG
Mengisahkan mengenai Pak Non, Pak Nan dan Pak Nin yang merupakan barisan ahli jawatan kuasa masjid di kampung mereka. Segala berita panas yang tular di kampung itu, dilakukan melalui media sosial oleh penduduk kampung. Kerana terlibat dengan kontroversi bersama Syuhaza, Pak Nan dilucutkan jawatan namun kerja dakwahnya tetap diteruskan. Kehadiran Daud dan Murad, yang selalu membuat onar mengeruhkan lagi keadaan. Pelbagai gelagat penduduk kampung apabila kontroversi melanda kampung mereka. Dapatkah Pak Nan kembali menjadi ahli jawatan kuasa masjid dan kembali mengimarahkan masjid?

Kariah Cak Pong

Related Posts

Load comments