Drama Cetera Hati Diya [2019] Samarinda TV3


Jangan lupa untuk menonton Drama Cetera Hati Diya yang diadaptasi daripada novel Isteri Aku Kalis Cinta. Drama  ini diteraju oleh dua pelakon hebat iaitu Fattah Amin dan Azar Azmi. Drama  arahan Raja Mukhriz bersiaran sebanyak 15 episod di slot Samarinda TV3.

Novel Isteri Aku Kalis Cinta karya Mawar Kamila

Details
Tajuk : Cetera Hati Diya
Episod Penuh: 15 Episod
Tarikh Tayangan : 17 Jun - 10 Julai 2019
Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 10:00 malam
Saluran : Slot Samarinda TV3
Pengarah : Raja Mukhriz
Terbitan : Wiranusa Corporation Sdn Bhd

WATAK PELAKON
Fattah Amin sebagai Zahil
Azar Azmi sebagai Diya
Azrel Ismail sebagai Zakuan
Zila Bakarin sebagai Dato Laila
Faye Kusairi sebagai Kamelia
Raja Hakim sebagai Syamil
Asha Zainul sebagai Maira
Melanie Tan sebagai Rania

Sinopsis Cetera Hati Diya

Drama ini mengisahkan tentang Adelia Dayana (Diya) yang telah melalui detik hitam dalam hidupnya apabila dia dirogol oleh rakan sekerjanya iaitu Zakuan. Semenjak itu dia telah mengalami trauma dan menutup hatinya untuk berkenalan dengan lelaki. Pada masa yang sama Diya mendapati dirinya telah mengandung dan cuba merahsiakan daripada pengetahuan keluarganya. Nasibnya sangat malang apabila dia keguguran akibat jatuh tangga dan dibuang daripada keluarga. Zakuan pula tidak mahu bertanggungjawab.

Tidak lama kemudian, Zahil Hariz telah jatuh cinta dengan Diya dan cuba memenangi hati. Pada awalnya Diya menunjukkan sikapnya yang dingin namun Zahil terus berusaha dan menemui keluarga Diya untuk melamar Diya untuk dijadikan isteri. Zahil turut menjelaskan kejadian hitam yang menimpa Diya dan ingin bertanggugjawab diatas kesalahan Zakuan, adik tirinya. Ibu bapa menerima Diya kembali dan Diya terpaksa menerima pinangan Zahil.

Sepanjang perkahwinan Diya cuba menjadi isteri yang terbaik walaupun hatinya masih tidak dapat menerima Zahil sepenuhnya. Zahil terus cuba mencuri hati isterinya dan setia menungqu sehingga cintanya berjaya menakluki hati Diya. Cinta Zahil tak bersyarat Apa jua untuk Diya. Namun ada sesuatu yang dirahsiakan Zahil tanpa pengetahuan Diya yang akan membuat Diya bencikan Zahil

Di saat hati Diya mulai berubah untuk mencintai zahil yang selama ini dingin membeku, sesuatu berlaku telah membongkarkan ransia yang zahil simpan selama ini. Saat itu telah mencetus amarah kebencian Diya yang tiada penghujungnya. Tiada kemaafan untuk Zahil Noktah Zahil disahkan mengidap Leukimia, pada masa yang sama Diya pula disahkan mengandung.

Gambar Pelakon




Related Posts

Load comments