Video Arnold Terminator kena flying kick

Pelakon aksi popular Hollywood, Arnold Schwarzenegger, 71 tahun ditendang dari belakang oleh seorang lelaki semalam ketika pelakon itu menjadi hos satu acara sukan di Afrika Selatan.

Video Arnold Terminator kena flying kick

Bekas ahli bina badan itu sedang berbual dengan peminat di Pusat Konvensyen Sandton di Johannesburg apabila seorang lelaki tiba-tiba melompat dan menendang belakangnya.

“Terima kasih di atas keprihatinan anda tetapi tiada apa perlu dibimbangkan.



“Saya sangka saya ditolak orang ramai, yang selalu berlaku. Saya sedar saya ditendang apabila melihat video seperti anda semua. Saya gembira si bodoh itu tidak mengganggu Snapchat saya,” kata Schwarzenegge di Twitter.

Bintang ‘Terminator’ itu berada di Johannesburg sebagai hos pesta pelbagai sukan tahunan antarabangsa, Arnold Classic Africa.

“Beliau diserang tiba-tiba oleh peminat ketika berjalan untuk menyokong atlit,” kata penganjur. Penyerang itu ditangkap segera dan dia mempunyai sejarah melakukan perkara sama pada masa lalu.

Schwarzenegger berkata, beliau tidak akan memfailkan dakwaan mahkamah. - AFP

Related Posts

Load comments