Dikalangan 25 Rasul yang wajib diketahui, 5 orang digelar "Ulul Azmi" iaitu Nabi dan Rasul yang memiliki tahap kesabaran tertinggi. Antaranya Musa as. Jejak Rasul Ulul Azmi menyingkap kisah Nabi Musa as. bermula dari saat kelahiran sehinggalah peristiwa menyelamatkan kaum Bani Israel dari penindasan Firaun. Saksikan perjalanan Fedtri Yahya dalam menjejaki sejarah Nabi Musa A.S di sekitar Mesir, merungkai hubungan di antara Nabi Musa dan Firaun Ramses II. Jejak Rasul Ulul Azmi juga akan memaparkan peralatan bersejarah di era Nabi Musa dan juga keindahan Mesir. Bersiaran bermula 3 Mei hingga 2 Jun, setiap Jumaat hingga Ahad jam 6.30 petang.
PROGRAM : JEJAK RASUL ULUL AZMI
EPISOD : 15 episod x 30 minit
TARIKH : 3 Mei-2 Jun 2019
WAKTU SIARAN : Jumaat-Ahad, 6.30 petang, TV3
EPISOD 1 : RASUL ULUL AZMI
EPISOD 2 : BANI ISRAEL DI MESIR
EPISOD 3 : MIMPI FIRAUN
EPISOD 4 : HANYUT KE ISTANA FIRAUN
EPISOD 5 : MELARIKAN DIRI KE MADYAN
EPISOD 6 : CAHAYA DI LERENG BUKIT
EPISOD 7 : BERDEPAN FIRAUN
EPISOD 8 : QARUN SEPUPU MUSA AS
EPISOD 9 : AHLI SIHIR FIRAUN MEMELUK ISLAM
EPISOD 10 : KEMARAU & RIBUT TAUFAN
EPISOD 11 : SERANGAN BELALANG & KUTU
EPISOD 12 : SERANGAN KATAK & NIL BERTUKAR DARAH
EPISOD 13 :KEMATIAN FIRAUN
EPISOD 14 : JABAL MUSA
EPISOD 15 : KEWAFATAN MUSA A.S