Cerekarama Masihkah Ada Raya Buatku lakonan Nad Zainal dan Fizz Fairuz

Saksikan telefilem di slot Cerekarama TV3, Masihkah Ada Raya Buatku pada 1 Jun ini jam 10 malam.

Cerekarama Masihkah Ada Raya Buatku

Para Pelakon

Nad Zainal, Fizz Fairuz,Hadi Putra, Putri Qaseh dan ramai lagi.



Video Trailer


Sinopsis Masihkah Ada Raya Buatku

Zul tidak lagi menyambut Hari Raya semenjak isterinya, Linda mengidap strok dan lumpuh separuh badan. Kehidupan Zul ditumpukan sepenuhnya bagi menjaga isteri dan membesarkan anak-anaknya di samping melakukan pelbagai pekerjaan harian demi menyara keluarganya.

Sesekali Linda teringin untuk berpuasa seperti dulu, tetapi Zul tidak mengizinkan kerana risau menjejaskan kesihatan Linda. Sehinggakan Zul adakalanya mengeluh dan merasakan isterinya hanya perlu duduk di rumah agar tidak menyusahkannya dan anak-anak.

Namun, anak-anaknya yang masih kecil tidak memahami penderitaan yang dialami Zul dan mereka cuba mengembalikan kemeriahan raya walaupun dilarang tegas oleh ayah mereka. Namun tanpa disedari sebenarnya Linda teringin untuk menikmati suasana raya bersama Zul dan anak-anak sama seperti dulu.

Masihkah Ada Raya Buatku

Akhirnya, anak-anaknya berjaya membuat Zul berubah fikiran dan menerima hakikat bahawa kecacatan isterinya bukannya sebagai beban dan mereka juga layak untuk merasai kemanisan Ramadan dan keindahan Syawal.

Jangan lupa kesudahan cerekarama Masihkah Ada Raya Buatku pada 1 Jun, Sabtu jam 10.00 malam.

Related Posts

Load comments