Cereka Ahad Sinar Ramadan Untuk Amanda lakonan Awal Ashaari dan Nina Iskandar

Cereka Ahad minggu ini memaparkan kisah bertajuk Sinar Ramadan Untuk Amanda. Telefilem diterbitkan oleh Luqsar Kreatif Sdn Bhd, skrip Nik Noor Nabilah dan arahan pengarah Heykal Hanifah.

Cereka Ahad Sinar Ramadan Untuk Amanda

Para Pelakon

Awal Ashaari, Nina Iskandar, Naura Arissa, Khatijah Tan, Faezah Elai, Rahim Jailani.


Cereka Ahad Sinar Ramadan Untuk Amanda

Sinopsis Sinar Ramadan Untuk Amanda

Sofea telah dihalau ibu mertuanya kerana melahirkan anak sindrom down, Amanda dimana ketika itu suaminya, Idham terlibat dalam kemalangan jalan raya dan menyebabkan hilang ingatan.

Sofea telah membesarkan Amanda seorang diri dengan pelbagai dugaan menimpa apabila suaminya telah berkahwin lain kerana Idham tidak mengingati bahawa dirinya pernah berkahwin.

Info berkaitan
Syarikat penerbitan Luqsar Kreatif Sdn Bhd cuba lari daripada kebiasaan kisah kekeluargaan dengan memaparkan kehidupan kanak-kanak istimewa Sindrom Down (SD) yang tidak diterima keluarga dalam telefilem Sinar Ramadan Untuk Amanda.

Karya yang mendapat sentuhan pengarah terkenal, Heykal Hanifah itu bakal menemui penonton Ahad ini, jam 10 malam di TV3.

Heykal berkata, itu pengalaman pertamanya mengarahkan kanak-kanak SD sekali gus memberikan cabaran baharu untuknya dalam berkarya.

Cereka Ahad Sinar Ramadan Untuk Amanda

“Cerita ini berbeza apabila ia membabitkan watak kanak-kanak SD. Dalam cerita ini, kanak-kanak ini ada tiga peringkat iaitu daripada bayi selepas dilahirkan, berusia empat bulan dan empat tahun. Jadi, proses pembikinan agak sukar dan tertekan.

“Sewaktu kecil, okey lagi. Tapi, ketika usia empat tahun, agak sukar sebab sudah ada pergerakan dan babak dengan pelakon lain.

“Selalunya kita ambil pelakon berlakon menjadi cacat tapi ini berbeza kerana ia memang kanak-kanak SD. Jadi, saya banyak buat rujukan. Terima kasih kepada pihak yang membantu terutama ibu bapa yang memberikan maklumat mengenai kanak-kanak SD ini.

“Daripada situ, saya gunakan untuk dipaparkan dalam cerita ini. Jadi, apabila cerita ini ditayangkan nanti, perkara itu tak ada yang salah. Sebaliknya memberikan ilmu kepada penonton,” katanya.

Menurut Heykal, apa yang penting cerita itu memberi kesedaran dan mendidik masyarakat mengenai kehadiran kanak-kanak istimewa ini.

“Sejujurnya, cerita ini berkaitan segelintir sikap masyarakat yang tidak dapat menerima kehadiran anak SD dalam keluarga yang juga darah daging sendiri. Sedangkan orang luar dan persekitaran semua terima dengan baik.

“Pendek kata, cerita ini lebih kepada mendidik masyarakat bagaimana nak menerima anak istimewa ini. Kalau ikutkan, memiliki anak sebegini tidak boleh ‘down’. Walaupun pada hakikat iaitu pada awal kelahiran mesti akan ada perasaan itu. Malah, kita ada babak berkenaan.

“Nak dapatkan anak SD tidak sukar. Alhamdulillah, tiga kanak-kanak yang kami jumpa, ibu bapa mereka sangat menyokong. Mereka sendiri yang beria-ia nak membantu cerita ini. Dengan tujuan mereka nak beritahu penonton macam mana mahu menjaga dan apa yang perlu masyarakat tahu mengenai anak SD ini,” katanya.

Saksikan nanti telefilem di Cereka Ahad, Sinar Ramadan Untuk Amanda pada 19 Mei jam 10 malam di TV3.

Related Posts

Load comments