Rata-rata mempersoalkan tindakan Shiha didakwa mengeksploitasi tubuh sasa seorang lelaki yang juga model muzik video terbabit dalam keadaan separuh bogel hingga ramai menyifatkan ia keterlaluan dan tidak menjaga sensitiviti kaum Melayu.
Shiha berkata, dia memohon peminat menonton secara keseluruhan muzik video itu sebelum membuat andaian atau komen melalui terhadapnya.
Lirik lagu Pipiyama - Shiha Zikir
Aku, aku bingungBanyak yang datang menawarkan cinta untukku
Aku, aku bingung
Ku tak tahu bagaimana harus menolaknya
Aku jadi pusing
Mikirin mana yang terbaik untuk diriku
Aku jadi pusing
Semua paksakan diri jadi kekasihnya
Edan nek koyo ngene iso gendeng
Pilih pilih yang mana
Yang masih bujang atau yang duda (Pipiyama, hey)
Pilih pilih yang mana
Salah milih jadi berantakan
Pilih pilih yang mana
Yang sudah tua atau yang muda (Pipiyama hey)
Pilih pilih yang mana
Opo wae sing penting uripku bahagia
Jangan, jangan salah pilih
Nanti, nanti bisa rugi
Jangan, jangan salah pilih
Nanti kamu menyesali
Katanya, penggunaan model separuh bogel itu kerana ingin menunjukkan perbezaan di antara lelaki bujang dan duda bersesuaian dengan mesej yang ingin diterjemahkan dalam muzik video itu.
"Saya mohon masyarakat menonton terlebih dulu muzik video ini hingga tamat sebelum membuat sebarang andaian atau menghukum.
"Jangan hanya kerana anda melihat kelibat lelaki separuh bogel anda menuduh saya bukan-bukan. Sebenarnya babak model itu menayangkan tubuhnya adalah bertujuan menunjukkan perbezaan di antara lelaki bujang dan duda dalam muzik video berkenaan.
"Ini kerana, lelaki bujang biasanya dikaitkan dengan fizikal dan rupa paras kacak manakala lelaki sudah berkahwin atau duda mungkin penampilan kurang segak tetapi berduit,' katanya.
Pipiyama adalah single terbaru Shiha yang dilancarkan di Indonesia hasil ciptaan Atra Petrana. Single yang bergenre dangdut itu kini menduduki carta teratas radio di negara itu.
Ditanya adakah single terbaharu itu mempunyai kaitan dengan kehidupan peribadinya, Shiha mengaku pernah mengalaminya.
Menurutnya, dia sedia menerima jodoh sama ada lelaki bujang atau duda, asalkan bukan suami orang.