Kejadian itu dikatakan berlaku di sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) di Port Dickson.
Video
Ala.. sikit je tu, budak sekarang ni manja sangat
“Pegawai PPD Port Dickson sudah ke sekolah itu untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai kejadian dan melakukan siasatan.
“Siasatan awal mendapati punca kejadian itu disebabkan masalah disiplin.
“Kita memandang serius dan akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk yang merakam dan tular di laman sosial. Ia tak sepatutnya berlaku,” katanya hari ini.
Rakaman berdurasi 38 saat itu menunjukkan dua murid dirotan dua guru di hadapan murid lain dalam dewan di sekolah itu.
Video itu kemudian dipercayai dimuat naik ibu bapa yang tidak puas hati dengan perlakuan guru terbabit sehingga mendapat lebih 1,000 perkongsian.
Ramai netizen turut menyalahkan pihak yang memuat naik video berkenaan kerana menganggap sudah menjadi tugas guru mendidik murid. - HMetro