Situasi Brexit - Bilakah krisis ini berakhir?

29 MAC 2019 - TUNDA
Sejak 2017, selepas bermulanya pelaksanaan Artikel 50 Perjanjian Kesatuan Eropah, di mana referendum di kalangan rakyat United Kingdom telah memilih untuk berpisah dengan Kessatuan Eropah, tempoh 2 tahun persediaan diberikan dan tarikh akhir dipersetujui ialah 29 Mac 2019.

Situasi Brexit - Bilakah krisis ini berakhir?

Walaubagaimanapun, ketiadak sediaan di pihak UK, penangguhan telah dipohon dan pihak EU menerima permohonan tersebut dan memberi tempoh selama 12 hari. Tarikh baru muncul dan ditetapkan pada 12 April 2019.

10 APRIL 2019 - MESYUARAT EU
Walaubagaimanapun, pihak Kesatuan Eropah (EU) bakal mengadakan mesyuarat penting pada 10 April nanti bagi membincangkan dengan lebih lanjut akan perkembangan terkini BREXIT.

Pada tarikh tersebut, mesyuarat ini bakal memberi jawapan kepada beberapa persoalan terkini. Adakah EU bersedia untuk bersetuju untuk lebih longgar dalam menghadapi krisis ini atau akan tetap tegas dengan keputusan terakhir di mana UK perlu keluar dari EU pada tarikh 12 April 2019. Sama-sama kita nantikan.

12 APRIL 2019 - TARIKH BARU
Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum tarikh akhir BREXIT akan berlaku. Tarikh ini ialah tarikh penting bagi krisis BREXIT dirungkaikan.

30 JUN 2019 - PERMINTAAN UK
Di pihak UK, permintaan supaya lebih ruang masa diberikan dan tempoh sehingga 30 Jun 2019 dipohon, memberi signal bahawa UK masih belum bersedia sepenuhnya.

Persediaan Menghadapi BREXIT

Bercerita tentang BREXIT, pastinya muncul di dalam fikiran kita matawang Great Britain Pound Sterling dan Euro. Kedua-dua matawang ini adalah matawang yang terlibat secara langsung dalam krisis ini.

Apakah peluang yang ada dalam krisis BREXIT ini kepada pedagang matawang?

Menarik bagi pedagang matawang, krisis geopolitik bukanlah sesuatu yang memberi impak negatif 100%, tetapi 50% sahaja, kerana 50% seterusnya ialah peluang dagangan!. Pelik tetapi benar. Itulah realiti dunia FOREX.

Persoalannya, bagaimana 50% peluang dagangan itu kita guna dan olah jadikan keuntungan?

Penting untuk kita sentiasa kemas kini perkekmbangan terbaru BREXIT, dari segi tarikh dan peristiwa yang bakal berlaku. Pada muka surat sebelum, telah didedahkan tarikh-tarikh terbaru melibatkan krisi BREXIT.

Untung berdagang, semak paras teknikal, dan bersiap sedia dengan strategi dagangan.

Jangkaan Kesan Krisis Terhadap Nilai Matawang

BREXIT ialah krisis baru di era moden, di mana belum pernah terjadi sesebuah negara zaman moden keluar dari sebuah kesatuan sebesar Kesatuan Eropah, dan negara yang ingin keluar tersebut juga sebuah negara kuasa besar dunia.

Secara sentimen, krisis ini pastinya tidak menguntungkan negara yang terlibat, lebih-lebih lagi United Kingdom. Ketika ini, ramai pelabur, pemilik perniagaan, memindahkan aset dan simpanan mereka ke luar negara dalam persediaan hadapi BREXIT.

Kekalutan dan ketakutan ini ada asasnya. Tiada siapa mampu menjangkakan kesan BREXIT terhadap ekonomi dan matawang.

Gabenor Bank of England juga telah memberi amaran kesan BREXIT terhadap ekonomi UK adalah sangat negatif.

Persoalannya, adalah anda bersedia untuk mengambil risiko? - Majalah Forex Malaysia

Related Posts

Load comments