Pertandingan Beyblade di sekolah, lebih 200 peserta

Pertandingan Beyblade di sekolah, lebih 200 peserta. Kegilaan kanak-kanak terhadap permainan gasing moden ‘Beyblade’ menjadikan pertandingan itu yang diadakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Kok Pasir, Tumpat, meriah dan menghiburkan.

Pertandingan Beyblade di sekolah

Jeritan penyokong memeriahkan suasana pertandingan dianjurkan sempena Karnival Kokurikulum sekolah berkenaan sehingga berjaya menarik kira-kira 200 peserta.

Penganjur pertandingan itu, Jeffrey Abdullah berkata, kejohanan Beyblade dianjurkan pihaknya menampilkan 18 peserta berjaya ke peringkat akhir.

“Kami menganjurkan pertandingan ini disebabkan permainan gasing Beyblade menjadi kegilaan kanak-kanak di seluruh negara ketika ini.


“Ia adalah tarikan selain beberapa permainan dan pertandingan lain yang diadakan selama dua hari bagi membantu pihak sekolah mengumpul dana,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Terdahulu, dalam pertandingan itu, tempat pertama dimenangi Muhammad Aznan Azman, 10, dari SK Seri Kampung Laut yang membawa pulang trofi dan set permainan gasing Beyblade.

Muhammad Aznan berkata, permainan itu menjadi hobinya sejak dua bulan lalu dan boleh dikatakan masa lapangnya dipenuhi dengan bermain gasing Beyblade.

“Saya membeli gasing ini dengan harga RM16 dan selalu bermain dengan rakan karib di rumahnya di Kampung Laut.

“Ibu tidak membantah hobi ini kerana saya hanya berada di rumah rakan dan tidak membuang masa dengan merayau tidak tentu hala,” katanya.

Tempat kedua dimenangi Muhammad Aiedil Fitrie Mohd Zikrillah, 12, manakala Muhammad Adam Rizqi Asrul, 8, meraih tempat ketiga.

Mereka turut membawa pulang trofi dan set permainan gasing Beyblade. Diharap pertandingan Beyblade di sekolah ini dapat diadakan di setiap sekolah.

Related Posts

Load comments