Drama Lara Syakila lakonan Nazim Othman, Ben Amir dan Mona Allen

Saksikan drama Lara Syakila yang akan bersiaran 26 episod di RTM. Arahan pengarah Nizam Zakaria, terbitan syarikat produksi Radius One Sdn Bhd.


Para Pelakon

Nazim Othman, Ben Amir, Yuna Rahim, Muaz Fitri, Mona Allen, Iman Suhana, Ameerul Asyraf, Amalina Arham, Roy Azman, Amy Mastura dan ramai lagi


Sinopsis Drama Lara Syakila

Akan dikemas kini kemudian, terima kasih.

Info lain

Kesibukan kerja dan tawaran lakonan yang datang bersilih ganti membataskan waktu untuk Mona menikmati keindahan alam perkahwinan seperti pasangan pengantin baharu lain. Hal ini kerana, dia terikat dengan penggambaran drama sehingga bulan Mei depan.

Atas tuntutan kerja juga membuatkan mereka tidak sempat untuk berbulan madu sejurus majlis perkahwinan selesai. Dalam perancangan, pasangan itu akan ke Santorini, Greece selepas sambutan Aidilfitri nanti.

“Masing-masing sedang sibuk dengan kerja. Pekin baru sahaja selesai menjalani penggambaran sebuah telefilem dan sekarang sedang merancang beberapa buah filem.

“Sementara jadual saya sendiri pun padat sehingga bulan Mei depan. Buat masa sekarang, saya sedang menjalani penggambaran drama Lara Syakila untuk terbitan RTM yang banyak dijalankan di Langkawi, Kedah,” ujarnya berkongsi perkembangan terkini.

Dalam pada itu, Mona tidak menolak andai pada masa depan dia dan suaminya disatukan dalam sebuah projek bersama. Teruja menantikan tawaran sebegitu, kata Mona sebagai pelakon dia amat mengagumi hasil kerja pengarah filem Mat Moto: Kami Mat Moto, Bukan Mat Rempit itu.

“Saya terbuka dan memang teringin untuk berlakon dengan Pekin. Insya-Allah, jika tiada aral mungkin saya akan bekerja di bawah arahannya untuk sebuah filem. Sekarang, dia sedang sibuk membikin filem kerjasama antara Malaysia dan Indonesia,” ujarnya seraya menutup perbualan.

Pelakon Mona Allen tidak pernah berniat untuk menyembunyikan majlis perkahwinannya dengan pengarah dan aktor Pekin Ibrahim yang berlangsung pada 7 Disember lalu, sebaliknya hanya menurut permintaan daripada pihak keluarga.

Related Posts

Load comments