Cerekarama Rengkat lakonan Shukri Yahaya dan Aprena Mansore

Sabtu ini di slot Cerekarama TV3 akan menayangkan telefilem Rengkat. Telefilem ini pernah disiarkan di youtube channel Drama Sangat Official bermula pada 1-9 April lepas secara bersiri selama 9 episod. Drama arahan Heykal Hanifah dan terbitan produksi Luqsar Kreatif Sdn Bhd.

Drama Rengkat lakonan Shukri Yahaya dan Indah Emeerlda

Para Pelakon

Shukri Yahaya, Aprena Manrose, Syazwan Zulkifly, Indah Emeerlda, Asry Azizan, Kamal Ibrahim, Faezah Elai, Haikal Danial, Haziq Daniel, Shaiful Adam.

Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4 Episod 5
Episod 6 Episod 7 Episod 8 Episod 9


Video Promo


Sinopsis Drama Rengkat

Rais dan isterinya Yani hidup dalam serba sederhana. Mereka dikurniakan seorang anak iaitu Indah yang rengkat akibat daripda kemalangan semasa kecil.

Suatu hari Rais diberhentikan kerja secara mengejut kerana dituduh menyebabkan kerugian kepada syarikat. Rais buntu memikirkan cara untuk mendapatkan duit untuk menampung keluarganya.

Perkenalan yang tidak disengajakan dengan Bard telah mengubah hidup Rais. Tanpa pengetahuan Yani, Rais telah mengikut Bard untuk meragut demi mendapatkan duit.

Indah yang juga bisu tahu mengenai aktiviti ayahnya dan cuba untuk membantu ayahnya supaya berhenti daripada meragut.

Tanpa pengetahuan Rais, Bard sebenarnya telah merancang segala-galanya kerana mahu membalas dendam terhadap Rais yang pernah membulinya dulu semasa kecil sehingga menyebabkan dia rengkat.

Bard telah meragut beg Yani dan menyebabkan Indah dilanggar kereta. Rais menyesal dengan perbuatannya dan mula kesal dengan segala tindakannya selama ini.

Bagi yang belum mengikuti cerekarama Rengkat ini jangan lupa saksikan di TV3 pada Sabtu ini 4 Mei jam 10 malam.

Related Posts

Load comments