Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid, berkata sistem itu membolehkan pemilik kenderaan membida nombor plat pilihan tanpa perlu ke pejabat JPJ dan bertepatan dengan tema Hari Ulang Tahun Penubuhan JPJ ke 73 - ‘Digitalisasi Ke Arah Integriti’.
Cara menggunakan e-bidding JPJ, bidaan nombor pendaftaran dalam talian
Akan dikemas kini kemudian.“e-bidding akan bermula dengan siri nombor plat FC… bermakna, nombor itu akan ditender secara dalam talian.
“Ia juga bukan tertakluk kepada kawasan sekitar negeri berkenaan contohnya di Putrajaya sahaja… ia akan bergerak, dibida oleh rakyat Malaysia di mana-mana menggunakan dalam talian,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas muncul dalam program Nine 11 terbitan Bernama News Channel (saluran Astro 502) di sini hari ini.
Tahun lalu, keputusan tender bagi siri nombor plat FB menunjukkan harga paling mahal ialah RM660,000 bagi siri FB 1, yang mirip kepada singkatan Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika (FBI).
Pada 2016, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar memenangi bidaan ke atas nombor plat F1 dengan nilai RM836,660 selain berjaya membida plat W1N pada 2014 dan WWW1 pada 2012 masing-masing bernilai RM748,000 dan RM520,000.
JPJ memperoleh RM280 juta melalui bidaan pendaftaran nombor plat kenderaan pada tahun 2017 manakala RM137 juta diperoleh menerusi belian biasa.
Shaharuddin berkata e-bidding memudahkan pengguna mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan tanpa perlu menghantar borang seperti sebelum ini.
JPJ akan memperkenalkan satu lagi projek iaitu sistem pemanduan kenderaan secara elektronik yang menguji kenderaan di dalam bilik kawalan menggunakan pemanduan secara digital.
Sambutan Hari Ulang Tahun Penubuhan JPJ ke-73 akan diadakan di Ibu Pejabat JPJ di Putrajaya pada 15 April. - BERNAMA