Video di sebalik tabir drama Encik Imam Ekspres

Video di sebalik tarbir drama Encik Imam Ekspres. Mengisahkan tentang Diyana Aqilah (Diya). Seorang anak yatim piatu yang membesar di rumah anak yatim dan bekerja sebagai kerani di sebuah kilang di Shah Alam.


Menumpang kasih dengan keluarga Atun yang telah menganggapnya seperti anak sendiri. Abang Atun iaitu Engku Razil jatuh hati pada Diya, begitu juga Diya. Namun, Diya terpaksa memendamkan perasaannya. Pada masa yang sama, adik Engku Razil iaitu Engku Riyad merupakan bekas tunang Atun cuba merampas semula cintanya.



Zura pula yang mencintai Engku Razil tidak akan mudah melepaskan Engku Razil kepada Diya. Bagaimanakah kisah percintaan antara Diya dan Engku Razil?

Jangan lupa saksikan Encik Imam Ekspress mulai 11hb Mac, setiap hari isnin hingga khamis, jam 10-11pm di Astro Ria dan Ria HD.

Related Posts

Load comments