Namun, ada ketikanya kita sering kali terlupa beberapa aspek posisi anggota badan, yang mana ia akan memberikan kesan kepada aspek kawalan pemanduan terutama ketika berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Oleh itu, Jaguar telah menerbitkan sebuah video panduan bagaimana untuk mendapatkan posisi pemanduan yang baik untuk sesebuah kenderaan, terima kasih kepada Dr. Steve Iley, Ketua Pegawai Perubatan Jaguar Land Rover.
Berikut merupakan saranan bagi mendapatkan kedudukan pemanduan yang baik:
Tips Kedudukan Badan Ketika Memandu
- Kosongkan ruang poket seluar
Kehadiran objek pada ruang poket anda seperti modem mudah alih atau peranti pintar boleh mengganggu dan memberikan kesan kepada posisi pemanduan anda. - Rapatkan punggung ke belakang
Bagi mendapatkan sudut duduk yang baik, anda perlu merapatkan kedudukan punggung dekat dengan bahagian penyandar. - Pastikan badan rapat dan tegak dengan kerusi
Sudut duduk yang baik juga sebenarnya bergantung kepada faktor ini. Pastikan bahagian belakang anda bersandar pada kerusi.
Ubah sudut tempat duduk anda supaya kedudukan tulang belakang berada pada sama sudut dengan tulang pinggul.
Pastikan juga perehat kepala sama aras dengan kepala pemandu. - Rehatkan peha pada tempat duduk
Sekiranya perlu, ubah ketinggian tempat duduk supaya bahagian bawah peha boleh berehat dengan selesa.
Keadaan kaki yang tergantung ketika pemanduan boleh menyebabkan keletihan. - Jaga sudut bukaan tangan dan kaki
Jarak antara badan dengan stereng dan pedal kaki amatlah penting untuk memastikan anda mampu mengoperasikan kenderaan dalam kedudukan yang selesa.
Kedudukan ini juga bagi memastikan bahu anda sentiasa rapat dengan tempat duduk, walaupun ketika sedang membelok.
Luangkan masa selama beberapa minit untuk memastikan kesemua poin di atas adalah tepat dan anda akan merasai perbezaan dari segi kawalan, keselesaan serta mendapatkan keyakinan ketika mengendalikan kenderaan.
Sumber: Jaguar / Careta