Senarai pemenang anugerah di Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30)

Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30) dengan tema 'Inspirasi Sinemaku' bakal mempertandingkan 24 kategori termasuk tiga anugerah khas. Sebanyak 42 karya yang bertanding, 25 daripadanya adalah filem berbahasa Malaysia, 8 naskhah Mandarin, 7 Tamil dan 2 lagi Kantonis.


Festival Filem Malaysia 30 akan disiarkan secara langsung dari Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 30 Mac 2019 (Sabtu) bermula jam 9 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Diacarakan oleh Adibah Noor dan Nabil Ahmad. Diserikan dengan persembahan artis seperti Dato Jamal Abdillah, Dato Sri Siti Nurhaliza, Jaclyn Victor, Hafiz Suip, Ernie Zakri, Sophia Liana, Zizi Kirana, Syamel, Datin Alyah, Billy Zulkarnain dan Dato Afdlin Shauki.


Festival Filem Malays ke-30 (FFM30)

Senarai Pemenang Anugerah di Festival Filem Malaysia ke-30 (FFM30)

  • Filem Terbaik - One Two Jaga
  • Pengarah Terbaik - Namron (One Two Jaga)
  • Cerita Asal Terbaik - Aliff, Syafiq, Namron (One Two Jaga)
  • Lakon Layar Terbaik - Amri, Fared, Namron (One Two Jaga)
  • Penyunting Terbaik - Raja Affandi (Dukun)
  • Sinematografi Terbaik - Yeong Tuck Wei (Guang)

  • Pelakon Lelaki Terbaik - Rosdeen Suboh (One Two Jaga)
  • Pelakon Wanita Terbaik - Umie Aida (Dukun)
  • Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Hasnul Rahmat (Polis Evo 2)
  • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Nabila Huda (Makrifat Cinta)
  • Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Eng Wei Jie (Rise of Legend: LCW)

  • Pengarah Harapan - Quek Shio Chuan (Guang)
  • Pelakon Lelaki Harapan - Kyo Chen
  • Pelakon Wanita Harapan - Jaya Ganason
  • Skor Muzik Asal Terbaik - Nick Davis (Two Sisters)
  • Lagu Tema Terbaik - Monoloque, Atma Jiwa (Busker)
  • Penataan Muzik Terbaik - Imaginex Studio Sdn Bhd (Pulang)

  • Rekaan Kostum/Busana Terbaik
  • Penataan Seni Terbaik - Chan Hsien Yu (Guang)
  • Kesan Khas Terbaik - Pixelpost (Dukun)
  • Poster Terbaik - Jazz Pictures (One Two Jaga)

Anugerah Khas Juri

  • Anugerah Penggiat Belakang Tabir - Habsah Hassan
  • Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman - AR Badul
  • Anugerah Box-Office - Munafik 2

Senarai filem yang bertanding pada FFM30:
1. Kau Takdirku
2. Pulang
3. Tujuh Sumpahan Suri
4. Two Sisters
5. Polis Evo 2
6. Kutram Seiyal
7. KL Special Force
8. Munafik 2
9. Gol & Gincu Vol. 2
10. Mrs K
11. KL Wangan
12. Tangisan Akinabalu
13. The Spiral
14. A House Of Happines
15. Haunted Hotel
16. Perangsang Rentap
17. Paskal
18. Rise: Inikalilah
19. Bukan Cinta Malaikat
20. Aasan
21. The Kid From Big Apple: Before We Forget
22. Makrifat Cinta
23. Pinjamkan Hatiku
24. Thirudathey Papa Thirudathey
25. Lee Chong Wei: Rise Of The Legend
26. The Farm – En Veettu Thottahil
27. Sughamaai Subbulakshmi
28. Langsuir
29. Dukun
30. Hantu Kak Limah
31. Bukser
32. Tombiruo: Penunggu Rimba
33. Think Big Big
34. Get Hard Tongkat Ali
35. Papa Come Home
36. Neeyum Naanum
37. Guang
38. One Two Jaga
39. Vedigundu Passangge
40. Operasi X
41. Felina
42. Surf This Love



Filem bergenre drama penyiasatan dan kepolisan, One Two Jaga arahan Nam Ron diumum sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-30 (FFM30) yang berlangsung di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Filem terbitan Pixel Play Entertainment itu bukan hanya merangkul trofi Filem Terbaik FFM30, malah membawa pulang trofi kategori utama iaitu Pelakon Lelaki Terbaik menerusi Rosdeen Suboh, Pengarah Terbaik (Nam Ron) dan Lakon Layar Terbaik (Mari Rohaiyat, Fared Ayam dan Nam Ron).

Filem itu juga membawa pulang trofi Cerita Asal Terbaik (Pitt Haniff, Muhammad Syafiq dan Nam Ron) dan Poster Terbaik (Jazzy Pictures).

Bersaing dengan empat filem hebat iaitu Dukun, Paskal The Movie, Vedigundu Passange dan Guang, filem arahan Namron itu mengangkat kisah sisi gelap dunia kepolisan mengenai segelintir anggota terbabit dalam gejala rasuah dan jenayah.

Trofi anugerah utama itu disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang turut merasmikan malam kemuncak festival terbabit.

Turut hadir, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Samsuni Mohd Nor dan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Menepati ramalan awal lakonan berkesan Datin Seri Umie Aida menerusi filem Dukun melayakkannya diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

Umie pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik Filem, Anugerah Skrin 2018 pada November tahun lalu.

Kehebatan lakonan Nabila Huda dalam filem Makrifat Cinta arahan Kamal G pula dipilih sebagai penerima trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Hasnul Rahmat pula penerima Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik melalui filem Polis Evo 2.

Trofi Pelakon Lelaki Harapan menjadi milik Kyo Chen menerusi filem Guang dan Pelakon Wanita Harapan pula dimenangi Jaya Ganason menerusi filem Tamil berjudul The Farm En Veettu Thottathil.

Eng Wei Jie dipilih sebagai Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi filem Rise Of The Legend: Lee Chong Wei.

FFM30 turut mengiktiraf tiga filem iaitu Paskal The Movie, Busker dan Vedigundu Pasangge bagi Anugerah Khas Juri.

Dalam pada itu, Seniman A R Badul mendapat penghormatan sebagai penerima Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman.

Bertemakan Inspirasi Sinemaku, FFM30 menyaksikan 42 filem bertanding untuk merebut 27 kategori termasuk tiga anugerah khas.

Daripada 42 karya yang bertanding, 25 daripadanya adalah filem berbahasa Malaysia, Mandarin (lapan), Tamil (tujuh) dan Kantonis (dua).

Malam kemuncak FFM30 diacarakan Nabil Ahmad dan Adibah Noor serta disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD.

Ia turut diserikan dengan persembahan artis seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah, Datin Alyah, Jaclyn Victor, Ernie Zakri, Hafiz Suip, Sophia Liana, Zizi Kirana, Syamel, Billy Zulkarnain dan Innuendo. - HMetro

Related Posts

Load comments