Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan dibuka sebelum Hari Raya

Dijangka lima pakej persimpangan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (West Coast Expressway atau WCE) akan dibuka sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) akan dibuka sebelum Hari Raya

Pengarah Urusan West Coast Expressway Sdn Bhd, Datuk Neoh Soon Hiong berkata jika dibuka pada Jun ini, ia akan memudahkan pengguna jalanraya dari Lembah Klang untuk pulang ke kampung halaman mereka di kebanyakan destinasi penting di Perak dalam, termasuk:

  • Teluk Intan
  • Lekir
  • Setiawan
  • Lumut
  • Manjung
  • Changkat Cermin
  • Beruas

map Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE)


Lima pakej persimpangan tersebut masih menunggu kelulusan kerajaan persekutuan untuk dibuka pada bulan Jun nanti. Dari lima pakej itu, dua berada di Selangor dan tiga di Perak.

Di bawah ialah fakta ringkas Jajaran Lebuhraya WCE yang merentasi Selangor dan Perak itu:
  • Laluan WCE ialah sepanjang 233 km
  • Di Selangor, ia bermula dari Jalan Banting-KLIA (B18) sehingga Persimpangan Bertingkat Tanjong Karang (93.8 km)
  • Di Perak, ia bermula dari Jalan Persekutuan (FR5) di Hutan Melintang sehingga Plaza Tol Changkat Jering (139.2km).
  • Jumlah persimpangan bertingkat ialah 21
  • Jumlah plaza tol ialah 20
  • WCE akan dihubungkan dengan lebuhraya sedia ada seperti PLUS, SKVE, NNKSB, LATAR dan KESAS.
  • Kos keseluruhan projek ialah RM5 billion
  • 60 peratus dari projek WCE sudah dikira siap


Related Posts

Load comments