Filem Kyrgysztan, Kurmanjan Datka, Queen Of The Mountains. Sabtu ini di TV2

Filem dari negara Kyrgyzstan bertajuk “Kurmanjan Datka Queen of The Mountains” dengan plot kisah yang jarang sekali berpeluang ditonjolkan ini mengambil tempat mengisi slot Layar Asia yang disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 9 Mac ini, pukul 10.30 malam.

filem Kurmanjan Datka, Queen Of The Mountains tv2

Kisah epik berkaitan seorang wanita yang kuat, berani dan berdikari pada zamannya, dikenali sebagai Kurmanjan, yang dihormati hingga ke hari ini. Beliau menggunakan pendekatan diplomasi untuk menyelamatkan negaranya dari kemusnahan sepenuhnya ketika Rusia menyerang wilayah negara mereka.

Filem profil biopik bersejarah yang mewakili negara-negara wanita yang membantu menyatukan Kyrgyzstan pada tahun 1800-an, “Kurmanjan Datka Queen of the Mountains” juga merupakan filem bahasa asing dipertandingkan dalam Anugerah Oscar. Skop epik yang dibawakan dalam filem ini berunsur semangat cintakan negara.


Sarat dengan konflik budaya, situasi digambarkan berlaku pada abad ke-19 di Asia Tengah menonjolkan tentang tentera Genghis Khan dan kemudian Tamerlane, bersama-sama dengan ramai penyerang etnik lain.

Situasinya pada awal tahun 1800-an, wilayah Kyrgyzstan telah dikurangkan wilayahnya, yang kemudiannya telah memisahkan penduduk yang masih ada ke dalam 40 suku berbeza. Mereka yang tinggal terpaksa bertahan dan menjalani kehidupan yang penuh kesukaran di padang rumput yang tinggi atau di rantau pergunungan terpencil.

Muncul watak utama tersohor sebagai Kurmanjan, seorang gadis yang dilahirkan dalam sebuah keluarga biasa dari rantau Alai Highland. Secara mata kasarnya dia tidak ada berbeza dengan gadis lain sezamannya, sehingga seorang pelukis menggambarkan masa akan datangnya yang misteri.


Pada masa dia mencapai kematangan, Kurmanjan lakonan mantap ektres jelita Elina Abai Kyzy telah ditunangkan dengan seorang puak tempatan. Kurmanjan terpaksa bersetuju dengan ikatan pertunangan itu kerana sayangkan keluarganya. Tetapi apabila dia mengetahui keluarga lelaki tersebut hanya mahu mempergunakannya, wanita muda itu melarikan diri dari perkahwinan paksa tersebut. Dia bertindak pulang ke rumah dan walaupun sedar tindakannya itu pastinya memalukan keluarga keluarganya yang dianggap golongan baik dalam masyarakat.

Begitu pun tidak lama kemudian, kehormatannya dipulihkan apabila Alymbek, ketua tempatan ("Datka") yang dilantik oleh Emir Muzzaffar (Ashyr Chokubaev) bertindak mengahwininya. Setelah berkahwin dengannya, Alymbek membawa bersama-samanya Kurmanjan ke perkampungan suku kaumnya, bersama dengan adiknya Akbalban (Mirlan Abdulaev), yang dilantik sebagai kapten Pengawal Datka.

Cita-cita terbesar Alymbek adalah untuk menyatukan suku-suku di rantau ini di bawah kepimpinan bersama untuk membentuk satu pakatan yang boleh menangkis penceroboh baru yang mengancam sempadan. Aspirasi yang dicerminkan oleh Kurmanjan ternyata menjadi pendorong dan penguat semangat untuk dirinya mencapai cita-citanya itu. Lalu apakah kesudahannya?

Saksikan nanti filem Kurmanjan Datka, Queen Of The Mountains dari negara Kyrgysztan ini pada hari Sabtu, 9 Mac jam 10:30 malam di TV2.

Related Posts

Load comments