Drama Asalkan Dia Bahagia (TV3)

Asalkan Dia Bahagia

Nantikan drama adaptasi novel Asalkan Dia Bahagia karya Hani Fazuha yang bakal mengisi slot Akasia TV3. Dibintangi oleh Shukri Yahaya dan Ayda Jebat. Drama 28 episod arahan Jamal Khan, terbitan Zamriez Golden Picture. Akan menemui penonton bermula 8 Mac 2019, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3. 

JUDUL : ASALKAN DIA BAHAGIA
EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 8 Mac 2019
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS NOVEL : Hani Fazuha
PENULIS SKRIP : PGR Team, Rozie Rashid, Amka Ahmad
PENGARAH : Jamal Khan
PRODUKSI : Zamriez Golden Picture Sdn Bhd
PELAKON : Ayda Jebat, Shukri Yahaya, Idris Khan, Nadiyah Shahab, Fatin Afeefa, Bella Dowanna, Syazuwan Hassan, Marisa Yasmin, Esma Dainal, Rahim Omar, Safura, Kay Maria, Fadilah Mansor, Pokmudo Seri, Fiqa Zamri, Rostan Man, Sheila Mambo

WATAK PELAKON 
Ayda Jebat sebagai Adira Imani
Shukri Yahaya sebagai Haris Aryan
Idris Khan sebagai Ikmal Reza
Nadiyah Shahab sebagai Afida
Safura Ya'cob sebagai Puan Zarina
Esma Dainal sebagai Dato Hijaz
Marisa Yasmin sebagai Datin Maria
Rahhim Omar sebagai Tuan Bakhtiar
Fatin Afeefa sebagai Anna
Pokmudo Seri sebagai Tan Sri Jamil
Kay Maria sebagai Puan Sri Aminah
Syazuwan Hassan sebagai Azrin
Fiqa Zamri sebagai Naura
Rostan Man sebagai Haji Derus
Sheila Mambo sebagai Hajjah Kalsom
Datin Fadilah Mansor sebagai Zainab
Bella Dowanna sebagai Nina

LAGU TEMA 
Mada Ada Hati - Ayda Jebat
Mencintaimu - Aepul Roza

SINOPSIS ASALKAN DIA BAHAGIA
Mengisahkan Adira yang menjadi rebutan abang angkatnya sendiri. Adira tahu selama ini bahawa dia adalah anak angkat kepada Puan Zarina dan Tuan Bakhtiar. Hubungan Adira dan anak lelaki mereka, Ikmal Reza juga sangat rapat. Menginjak dewasa, Ikmal tinggal di luar negara setelah tamat belajar lalu bekerja di sana. Ikmal merasakan tidak selesa jika dia pulang kerana Adira bukan mahramnya tetapi sebaliknya ada sesuatu yang cuba disembunyikan Ikmal.

Tidak mahu Ikmal berterusan membawa diri di luar negara kerana Adira, Puan Zarina bercadang mahu mengahwinkan Adira. Adira yang terdengar perbualan ibu angkatnya itu merasakan sedikit terkilan dan seperti mahu menghalaunya secara halus. Sudah terlalu banyak budi yang diberikan Puan Zarina kepada Adira. Kerana kasihnya Adira pada ibu angkatnya itu,  dia menerima untuk dijodohkan dengan Haris Aryan, anak teman baik keluarga angkatnya iaitu Datin Maria dan Dato Hijaz.

Haris juga merupakan teman baik Ikmal. Apabila mengetahui Haris bakal berkahwin dengan Adira, Ikmal terus pulang ke Malaysia dan meminta Adira untuk menolak lamaran tersebut. Ikmal berang kerana selama ini, dia sebenarnya mencintai Adira dan perasaan itu disembunyikan. Tetapi malangnya, perkahwinan Adira dan Haris tetap berlangsung. Perkahwinan mereka diuji dengan lebih-lebih lagi masing-masing tidak pernah meluahkan rasa cinta.

Timbul rasa curiga, lebih-lebih lagi Haris membuat pengakuan dia sudah berkahwin sebelum ini. Pengakuan tersebut sering mengganggu Adira. Masing-masing merasa curiga, mungkin adanya orang ketiga dalam perhubungan mereka. Bagi Haris, orang ketiga itu adalah Ikmal dan bagi Adira, Afida adalah isteri pertama Haris. Adira sering meluahkan perasaan sedihnya kepada Ikmal. Tanpa pengetahuan Adira, Ikmal adalah racun yang merosakkan dalam senyap.

Di belakang Adira, Ikmal sentiasa mencari peluang untuk merebut Adira dan apabila Adira sering mengadu pada Ikmal, Haris tahu Ikmal akan menggunakan peluang itu untuk merampas Adira daripadanya.  Tanpa sedar,  kedua mereka sebenarnya sudah saling jatuh cinta tetapi tidak diluahkan kerana ego.

GAMBAR PELAKON
Asalkan Dia Bahagia

Pelakon Asalkan Dia Bahagia
Pelakon drama Asalkan Dia Bahagia

Related Posts

Load comments