Program Mikrofon Impian dihoskan oleh Dato Aznil

Mikrofon Impian merupakan sebuah program yang memerlukan peserta menyanyi bagi mendapatkan dana untuk meringankan belenggu kewangan yang dihadapi. Dihoskan oleh Dato Aznil bersama juri tetap Fauziah Latiff dan Azmi Caliph Buskers.





Backup / Dload

Pemuzik terkenal, Shah Slam mendedahkan program Mikrofon Impian adalah satu program nyanyian yang istimewa.

Menurut Shah, program nyanyian kali ini tidak meletakkan bakat nyanyian sebagai matlamat utama.

"Sebelum ini, kebanyakan program nyanyian mencari yang betul-betul boleh menyanyi serta mempunyai pakej rupa.

"Untuk program ini boleh dikatakan memang berlainan kerana bakat nyanyian bukan pilihan utama.

"Mikrofon Impian mementingkan tentang kisah individu tersebut serta kesusahan yang mereka alami," katanya kepada Gempak.

Shah ditemui di sesi ujibakat Mikrofon Impian yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Bertindak sebagai juri untuk sesi ujibakat, Shah juga bakal menggalas tugas sebagai pengarah muzik Mikrofon Impian.

Tambah penerbit penyelaras , Benjamin Sewang, dia mendedahkan setiap pemilihan peserta yang memasuki pertandingan ini akan diperiksa secara mendalam dan teliti.

Video Promo


"Kami akan menghantar pasukan untuk pergi ke kediaman peserta itu serta melakukan pemeriksaan sama ada maklumat yang diberi betul atau tidak.

"Kiranya, peserta yang dipilih adalah tulen serta tidak mempunyai unsur penipuan.

"Saya berharap konsep program terbaru ini mendapat tumpuan orang ramai," katanya.

Mikrofon Impian akan bersiaran setiap hari Ahad, jam 9.00 malam mulai 17 Februari menerusi Astro Ria (104) dan Ria HD (123) - Astro Gempak.

Related Posts

Load comments