Filem Misteri Dilaila lakonan Zul Ariffin, Sasqia Dahuri dan Elizabeth Tan

Filem Misteri Dilaila bakal ditayangkan di pawagan pada 21 Februari 2019. Terbitan produksi Skop Productions Sdn Bhd & Astro Shaw Sdn Bhd dan diarahkan oleh Syafiq Yusof.

filem misteri dilaila

Para Pelakon

Zul Ariffin, Sasqia Dahuri, Elizabeth Tan, Rosyam Noor, NamRon, Mas Khan, Iz Sulaini, Kenji Sawahii, Nafiez Zaidi.

Sinopsis Misteri Dilaila

Pasangan suami isteri, Jefri dan Dilaila bercuti di sebuah rumah banglo di Fraser Hill, Pahang milik arwah bapa Dilaila. Malam pertama di rumah tersebut, Jefri telah diganggu dengan kejadian-kejadian aneh. Keesokan harinya, Jefri mendapati isterinya sudah hilang. Jefri yang risau dengan keselamatan isterinya terus menghubungi pihak polis untuk mengesan Dilaila.

Imam Aziz muncul dengan berita gembira memaklumkan Dilaila sudah dijumpai dan berada dalam keadaan selamat. Jefri yang pada mulanya berasa lega kini terkejut dengan kepulangan isterinya kerana wanita yang muncul bersama Imam Aziz adalah orang lain yang mengaku dirinya adalah Dilaila, isteri Jefri. Persoalannya siapakah yang betul dan siapakah yang salah dalam situasi ini?

Related Posts

Load comments