Drama Batin Aram-Aram lakonan Wan Nor Azlin dan Hushairi Hussain

TV1 akan menanyangkan drama berjudul Batin Aram-Aram di Slot Panggung Seri pada Sabtu, 2 Mac 2019, pukul 9 malam. Drama ini diarahkan oleh Amin Masyhur & Jefry Talib. Merupakan terbitan syarikat produksi Cineorama Sdn Bhd.

Drama Batin Aram-Aram tv1

Para Pelakon

Wan Nor Azlin, Hushairi Hussain, Azman Hassan, Iskandar Zulkarnain dan ramai lagi.

Video
https://myklik.rtm.gov.my/telemovies/Batin_Aram-_Aram

Sinopsis Batin Aram-Aram

Baitini kembali ke kampung untuk menguruskan perniagaan chalet dan kelong yang ditinggalkan arwah ayahnya. Semasa beliau merantau di Kuala Lumpur, chalet dan kelong diuruskan oleh adiknya, Bahhar. Bahhar berusaha bersungguh-sungguh mengusahakan perniagaan keluarganya itu hingga adakalanya mengabaikan dirinya sendiri.

Ternyata Bahhar antara orang yang paling gembira menyambut kepulangan kakaknya itu. Namun di sebalik kegembiraan Bahhar dengan kepulangan kakaknya itu, dia tersentak dengan berita bahawa kakaknya telah berkahwin tanpa pengetahuannya. Bagi Bahhar tindakan kakaknya itu seolah-olah mengetepikannya sebagai adik.

Pada masa sama Bahhar sebenarnya berasa curiga dengan gerak geri Asyar, apatah lagi suami kakaknya itu berusia jauh lebih muda berbanding kakaknya yang sudah agak berusia. Ketika itu Asyar yang dapat merasakan layanan dingin daripada adik iparnya, Bahhar telah mengupah rakan Bahhar iaitu Azman untuk membantu beliau melaksanakan misi merampas kekayaan isterinya.

Related Posts

Load comments