Saksikan drama Dian yang bakal ditayangkan di slot Glamadrama ntv7. Dibintangi oleh Elizad Sharifuddin, Qi Razali, Erra Fazira dan ramai lagi. Drama bersiri arahan Kyoll Hamzah ini bakal ditayangkan bermula 28 November, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 8:30 malam di ntv7.
Details
Tajuk : Dian
Episod Penuh: 20 Episod
Tarikh Tayangan : 28 November 2018
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 8:30 malam
Saluran : Slot Glamadrama ntv7
Pengarah : Bahri Uma
Penulis Skrip: Mufid Suhaimi & NextScene Team
Penulis Skrip: Kyoll Hamzah
Terbitan : A-10 Alliance Sdn Bhd
Details
Tajuk : Dian
Episod Penuh: 20 Episod
Tarikh Tayangan : 28 November 2018
Waktu Siaran : Isnin-Jumaat, 8:30 malam
Saluran : Slot Glamadrama ntv7
Pengarah : Bahri Uma
Penulis Skrip: Mufid Suhaimi & NextScene Team
Penulis Skrip: Kyoll Hamzah
Terbitan : A-10 Alliance Sdn Bhd
WATAK PELAKON
Elizad Sharifuddin sebagai Dian
Qi Razali sebagai Hisham
Fazlina Ahmad Daud sebagai Yon Aishah
Erra Fazira sebagai Eva Raisya
Mimi Lana sebagai Syafiqa
Izzy Reef sebagai Aiman
Yasmin Hani sebagai Nisa
Tony Eusoff sebagai Faris
Adrea Abdullah sebagai Kak long Intan
Iman Corinne Adrienne sebagai Tini
Qi Razali sebagai Hisham
Fazlina Ahmad Daud sebagai Yon Aishah
Erra Fazira sebagai Eva Raisya
Mimi Lana sebagai Syafiqa
Izzy Reef sebagai Aiman
Yasmin Hani sebagai Nisa
Tony Eusoff sebagai Faris
Adrea Abdullah sebagai Kak long Intan
Iman Corinne Adrienne sebagai Tini
Sinopsis Dian
Drama ini mengisahkan tentang Dian, seorang wanita yang merempuh pelbagai dugaan dalam hidupnya. Bermula dengan ibunya Yon Aishah yang tidak membenarkan Dian untuk berkahwin dengan lelaki yang disukainya, Hisham. Walaupun tidak mendapat restu daripada ibunya, Dian tetap memilih Hisham sebagai pasangan hidupnya. Sebenarnya, ibu Dian mempunyai perancangan untuk mengahwinkan anak perempuannya itu dengan Faris yang merupakan seorang doktor berjaya. Tapi apakan daya, Dian keras kepala dan tetap ingin berkahwin dengan Hisham.
Hasil daripada perkahwinannya dengan Hisham, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Fiqa dan Aiman. Setelah lama hidup bersama Hisham barulah Dian tahu bahawa suaminya itu seorang kaki judi dan kaki clubbing. Lelakinya itu juga sering menghabiskan duit belanja kerana terlibat dengan kegiatan judi.
Suatu hari, berlaku pergaduhan besar antara Hisham dengan Dian kerana Dian menegur suaminya. Dalam pergelutan, Dian secara tidak sengaja tertikam Hisham dan dia dipenjarakan selama 10 tahun atas cubaan untuk membunuh serta mencederakan suaminya sendiri.
Sewaktu Dian meringkuk dalam penjara, Hisham menggunakan peluang itu untuk berkahwin dengan Nisa. Nisa terpaksa menjaga anak tirinya Fiqa dan Aiman walaupun dia sebenarnya benci mereka berdua. Hisham masih lagi mengamalkan tabiat buruknya yang obses dengan judi, dan masih kerap membuang masa di kelab berjudi.
Siapa sangka walaupun sudah berbini dua, Hisham berkahwin pula dengan Eva Raisya. Malangnya Eva tidak tahu bahawa Hisham hanya ingin mengambil kesempatan terhadap kekayaannya. Masa berlalu dengan pantas sekali. Pejam celik, sudah 10 tahun Dian dipenjarakan. Selepas dibebaskan, Dian mempunyai misi untuk mencari kedua-dua anaknya semula. Hisham yang gila talak pula ingin memenangi hati Dian kembali setelah mengetahui bahawa Dian kini sudah bebas.
Banyak kejadian yang berlaku apabila Dian cuba menjejaki anaknya. Adakah Dian akan bertemu semula degnan Fiqa dan Aiman? Inginkah Dia untuk pulang semula ke pangkuan Hisham?