Telefilem Di Sisi lakonan Aidil Rafiq dan Ruzaidi Rahman

Sempena sambutan Maal Hijrah tempoh hari TV1 membawa telefilem khas bertajuk Di Sisi pada 10 September jam 9 malam. Terbitan Unit Drama TV RTM, skrip nukilan Amin Masyur dan arahan saudara Wan Afzam Wan Daud.

telefilem di sisi tv1

Para Pelakon

Aidil Rafiq, Ruzaidi Rahman, Aman Graseka, Bohari Ibrahim, Rosnah Johari, Kamal Bakar, Nur Farahaizah Ahmad Zaharuddin, Raihan Kamal Bakar, Fariz Isqandar, Darren dan Rosli Mad Zin.

Video Sini

Sinopsis Telefilem Di Sisi

Kisah Udin (15 tahun), menjaga ayahnya yang lumpuh separuh badan. Walaupun sering dimarahi, Udin tidak melawan dan akur dengan setiap yang terbit daripada mulut ayahnya. Malah dia terus sabar mengurus dan menjaga Pak Jali yang lumpuh separuh badan. Di rumah dilihat Udin seorang budak yang kurang berbicara, manakala diluar pula Udin dilihat sebagai seorang budak yang banyak mulut. Kerajinan Udin amat disenangi oleh penduduk disitu

Di laluan lorong-lorong rumah ke warung, Udin sering bersembang dengan Mak Mah. Mak Mah walaupun kasar bahasanya, tapi sering menasihati Udin tentang Pak Jali. Sehinggalah satu hari berlaku konflik dimana Udin didatangi oleh sekumpulan budak sebayanya yang tidak puas hati dengan tindakan Udin melaporkan kegiatan mereka kepada penghulu. Jali tahu Udin dipukul, namun dia tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Lebih parah lagi budak-budak tadi mengulangi perbuatan mereka terhadap Udin, seperti satu hiburan Udin dibuli.

Related Posts

Load comments