Nantikan drama bersiri arahan Raja Mukhriz bertajuk Ammar & Opie (tajuk asal Bila Tuhan Berbisik Cinta). Menampilkan lakonan Hazama, Irfan Rajali, Datuk Awie, Syerinie Myra, Kodi Rasheed, dan ramai lagi. Drama sebanyak 13 episod ini akan disiarkan mulai 20 September, setiap hari Rabu & Khamis pukul 9 malam di slot Zehra TV3.
JUDUL : AMMAR & OPIE
JUMLAH EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 September 2018
WAKTU SIARAN : Rabu-Khamis, 9:00 malam
SIARAN TV : Slot Zehra TV3
PENULIS SKRIP : Nurull Halawati & Khairul Kiasan
PENGARAH : Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.
TERBITAN : Excellent Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Hazama, Irfan Rajali, Datuk Awie, Syerinie Myra, Kodi Rasheed, Aril Pilus, Riz Amin, Adam Malek, Sharifah Shahora, Rafasya, Maimunah Ahmad (Mak Jah)

WATAK PELAKON
Hazama sebagai Ammar Kefli
Irfan Rajali sebagai Opie
Datuk Awie sebagai Tok Wi
Syerinie Myra sebagai Wardah
Mak Jah sebagai Faridah
Kodi Rasheed sebagai Nizam
Sharifah Shahora sebagai Shahahim
Rafasya sebagai Mawar
Aril Pilus sebagai Malik
Riz Amin sebagai Jay
Irfan Rajali sebagai Opie
Datuk Awie sebagai Tok Wi
Syerinie Myra sebagai Wardah
Mak Jah sebagai Faridah
Kodi Rasheed sebagai Nizam
Sharifah Shahora sebagai Shahahim
Rafasya sebagai Mawar
Aril Pilus sebagai Malik
Riz Amin sebagai Jay
LAGU TEMA / OST
Tunggu Aku Datang - Hazama
Janji - Blackpapaer Band
Berbisik Cinta - Kautsar
Terbang Denganmu - Panic Room
SINOPSIS AMMAR & OPIE
Kisah Ammar yang dikenali ramai dan menganggap popularitinya itu adalah tanda baik untuk peningkatan kerjayanya sebagai seorang penyanyi. Namun begitu, populariti juga mampu menghanyutkan sekaligus memusnahkan kerjaya seseorang artis. Itulah yang telah berlaku kepada Ammar, dan fitnah yang tercetus membuatkan dia terus terdampar kecewa
Selepas menerima berita tentang kematian ibunya, Ammar terpaksa berdepan dengan sebuah fitnah yang membabitkan dirinya. Pengalaman pahit ini menyebabkan karier nyanyian Ammar hancur, lantas membuatkan dia kemurungan serta mengalami tekanan perasaan yang teruk sekali.
Ammar sangkakan bahawa dia masih mempunyai peluang untuk menaikkan namanya kembali, apabila dia menerima tawaran baharu mengenai sebuah konsert di Thailand. Apakan daya, setelah tiba di negara jiran, Ammar sedar yang sebenarnya dia telah ditipu. Tidak mempunyai apa-apa selain gitarnya, kehidupan Ammar semakin berantakan sehingga dia terpaksa menjadi gelandangan.
Ketika Ammar sedang termenung mengenangkan nasibnya yang malang itu, seorang pengemis cilik bernama Opie telah muncul dan menyerahkan sebungkus makanan kepada Ammar. Siapa sangka, pertemuan dengan Opie ini memberikan harapan baharu baginya. Sejak itu, mereka berdua sering menyanyi di jalanan sama-sama demi sesuap nasi. Kembara baharu Ammar ini banyak mengajarnya tentang erti sebenar kehidupan, serta kembali ke pangkal jalan.
Adakah Ammar bertul-betul sudah berubah? Mampukah dia meraih kembali popularitinya seperti sebelum ini?
GAMBAR PELAKONSelepas menerima berita tentang kematian ibunya, Ammar terpaksa berdepan dengan sebuah fitnah yang membabitkan dirinya. Pengalaman pahit ini menyebabkan karier nyanyian Ammar hancur, lantas membuatkan dia kemurungan serta mengalami tekanan perasaan yang teruk sekali.