Timbalan Menteri rebah, jatuh dari pentas di Perhimpunan Bulanan JPM

Mohamed Hanipa Maidin, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), rebah di pentas ketika perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri di Dataran Putra, Putrajaya, pagi tadi.


Semua yang hadir terkejut apabila beliau tiba-tiba jatuh dari pentas ketika Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sedang berucap.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa terus meluru ke sisi Hanipa untuk memberikan bantuan.

Dr Wan Azizah memberikan rawatan awal dengan memusingkan badan Hanipa ke kedudukan lebih baik.

Sementara itu, pasukan paramedik terus bergegas memberikan rawatan dan mengangkat beliau ke pengusung sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Dr Mahathir yang terkejut dengan kejadian itu berhenti berucap buat seketika.

Bagaimanapun, beliau meneruskan ucapan ketika Perhimpunan Bulanan JPM itu.

Terbaru

Kesihatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Mohamed Hanipa Maidin semakin stabil dan bertambah baik, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Hanipa yang rebah pagi tadi berada di hospital dan keadaannya okay (stabil)," katanya ketika disoal media berhubung perkembangan terkini kesihatan Mohamed Hanipa.

Dr Mahathir ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Putrajaya, hari ini.

Awal pagi tadi, Mohamed Hanipa rebah dari pentas ketika perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri, di Dataran Bangunan Perdana Putra.

Hadirin terkejut apabila beliau tiba-tiba jatuh dari pentas ketika Dr Mahathir berucap.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang berdiri sebaris dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa terus meluru ke sisi Hanipa untuk memberikan bantuan.

Dr Wan Azizah terus memberikan rawatan awal dengan memusingkan badan Hanipa ke kedudukan lebih baik.

Sementara itu, pasukan paramedik terus bergegas memberikan rawatan dan mengangkat beliau ke pengusung, sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya.

Dr Mahathir yang terkejut dengan kejadian itu berhenti berucap buat seketika namun kembali meneruskan ucapannya.

Pada 2016, Mohamed Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang pernah menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Jabatan Neurologi Hospital Kuala Lumpur akibat serangan sakit ahmar.

Beliau juga pernah pengsan secara tiba-tiba ketika sidang Dewan Rakyat.- HMetro

Related Posts

Load comments