Setelah tujuh tahun tidak mempunyai sebarang program bersama pelakon Zizan Razak kini mereka tampil dengan program terbaharu, Jozan Live.
Video Promo
Menurut Johan, dia menerima tawaran untuk mengendali program temu bual bersama Zizan itu kerana tertarik dengan konsep yang digunakan.
"Kali terakhir saya ada program bersama Zizan pada tujuh tahun lalu. Selepas itu, kami hanya bekerjasama melalui acara atau majlis luar sahaja.
"Apabila dapat tawaran untuk program ini, saya terus terima sebab tertarik dengan idea konsep yang digunakan.
Dalam pada itu pelawak Johan berjaya menurunkan berat badannya dari 95 hingga 73 kilogram dengan mengambil masa selama dua bulan.
Johan, 34, berkata dia menyedari soal ajal dan maut adalah ketentuan Tuhan namun seseorang itu perlu berusaha untuk menjaga kesihatan demi keluarga.
"Berat saya dah turun sebanyak 22 kilogram dalam masa dua bulan sahaja. Dari 95, kini berat saya 73 kilogram.
"Saya tahu ajal dan maut itu di tangan Allah tapi kita kena juga berusaha untuk jaga kesihatan.
"Sekarang ni saya tak boleh fikir diri sendiri tapi kena fikir tentang keluarga," kata Johan kepada mStar Online.
Foto Johan selepas kehilangan 22 kilogram (kiri) dan sebelum.
Johan ditemui ketika sidang media memperkenalkan program Jozan Live di Avenue K mall, di sini pada Rabu.
Tambah penyampai radio ini, dia mengamalkan diet yang seimbang seperti berhenti mengambil makanan atau minuman bergula serta susu dan hanya makan sehingga pukul 5 petang.
Malah, suami kepada pelakon Ozlynn ini juga melakukan senaman kardio seperti berlari pada setiap hari.
"Saya bermula dengan berhenti ambil makanan atau minuman bergula dan susu. Selain itu, saya makan macam biasa tapi sehingga pukul 5 petang sahaja.
"Selepas itu, saya banyakkan minum air kosong. Saya juga ada melakukan kardio seperti berlari selepas selesai tugasan di konti radio," ujarnya.