Da'i Pendakwah Nusantara Musim 6 (2018)

Da'i Pendakwah Nusantara Musim 6. Utuh memasuki musim ke-6 mulai 20 Julai ini di TV3, program realiti keagamaan yang mahu melahirkan pendakwah muda berkaliber, Da’i Pendakwah Nusantara (Da’i 6) bakal kembali dengan 10 peserta dan juga barisan tenaga pengajar yang baharu. Da’i musim ke-enam ini akan bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada tarikh siaran baharu iaitu setiap hari Jumaat, jam 9 malam.

Da'i Pendakwah Nusantara Musim 6

Senarai 10 Perserta Da'i 6:

  1. Da’i Syahmi, 20, Temerloh, Pahang
  2. Da’i Imran, 21, Klang, Selangor
  3. Da’i Amirul, 23, Jitra, Kedah
  4. Da’i Wafi, 24, Tanah Merah, Kelantan
  5. Da’i Adam, 26, Ranau, Sabah
  6. Da’i Haziq, 22, Ipoh, Perak
  7. Da’i Danial, 27, Kuantan, Pahang
  8. Da’i Hafiz, 25, Sg Petani, Kedah
  9. Da’i Raisyah, 18, Ipoh, Perak
  10. Da’i Syazwani, 21, Sik, Kedah

Separuh Akhir
Backup / Dload

peserta da'i 6 tv3

Meraka akan diuji selama 11 minggu bagi menyampaikan dakwah secara berkesan bagi menarik minat golongan tua dan muda serta melayakkan mereka membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai sebanyak RM60,000!. Pemenang tempat kedua akan membawa pulang wang tunai RM 15, 000 dan RM 10, 000 bagi tempat yang ketiga.

Selain itu, seorang Da’i juga bakal membawa pulang gelaran Da’i Pilihan Penonton di episod akhir nanti melalui undian penonton di laman Twitter. Kiraan ini ditentukan berdasarkan nama peserta yang paling banyak digunakan dalam tanda pagar (#).

Menurut Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3, Puan Siti Nurlisia Mohd Nadzri, “Bukan mudah menarik minat masyarakat secara keseluruhannya untuk menonton program keagamaan sebegini lebih-lebih lagi sebuah pertandingan yang mahu mencungkil bakat pendakwah dalam kalangan anak muda. Tetapi sudah 5 musim bersiaran, boleh saya katakan Da’i diantara program realiti keagamaan yang mempunyai peminat dan penonton setia yang sentiasa ternanti-nanti waktu siarannya.

Selain itu, menariknya Da’i musim ini, pesertanya mempunyai latarbelakang pendidikan yang tidak hanya terhad dalam bidang agama seperti bidang Perakaunan dan Sains Tulen tetapi punya ilmu pengetahuan agama yang sama hebatnya. Bagi menambah lagi variasi, Da’i musim ini turut menampilkan barisan pengetua dan tenaga pengajar baharu iaitu Dato’ Ustaz Mohd Zawawi Yusoh sebagai Mursyid, Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Ustaz Fakhrul Radhi Khamarudin sebagai Murabbi bagi membantu dalam memantapkan lagi pengisian dan keupayaan setiap peserta.”ujarnya lagi.


Da’i musim ke-6 sekali lagi ditaja oleh Almas Beauty & Health selaku penaja utama. Menurut Pengasas & Penaung Almas Beauty & Health Sdn Bhd, Datin Maziah Hj Mohamed, “ini merupakan tahun ke tiga di mana Almas masih terus menjadi Penaja Utama bagi program Da’i Pendakwah Nusantara musim ini kerana sangat berpuas hati dan kagum dapat melahirkan generasi muda sebagai pendakwah. Justeru, kami di Almas berharap agar ramai lagi anak-anak muda yang mahir dalam menyampaikan hujah dan Al-Quran di hadapan umum. Serta dapat melahirkan ramai lagi anak-anak muda sebagai pendakwah yang disegani, di samping memupuk anak-anak remaja lain menjadi seperti mereka. Oleh itu, kami di Almas merasakan bahawa program yang berunsurkan Islamik ini amat sesuai untuk diuar-uarkan kepada penonton.”

Tidak lengkap sebuah rancangan itu tanpa hos yang akan mengemudi kelancaran program dan juga para juri yang akan mengadili mereka. Da’i musim ke-6 masih mengekalkan figura terkenal, Datuk Rosyam Nor sebagai pengacara. Datuk Rosyam bakal bergandingan dengan Da’i Izzhar, salah seorang finalis Da’i musim ke-2 sebagai hos bersama. Tugas juri pula disandang oleh Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud dan Prof. Madya Dr. Sharifah Haayati Syed Ismail. Peserta akan dinilai berdasarkan:

Juri Tetap (80%):
  • Pengisian Al-Quran & Hadis (30%)
  • Gaya & susunan isi (30%)
  • Kreativiti persembahan (20%)

Murabbi (20%)

Jangan ketinggalan untuk menonton Jurnal Da’i musim ke-6 yang akan memaparkan perjalanan pembelajaran mereka sebelum bergelar Da’i, di belakang tabir kelas bersama Murabbi dan Mursyid, aktiviti-aktiviti riadah dan juga aktiviti bersama penaja pada setiap hari Jumaat, jam 7.55 malam.

Penonton juga boleh saksikan program ini melalui portal video tonton di www.tonton.com.my. Da’i musim ke-6 diterbitkan oleh Primeworks Studio yang diterajui oleh Shukri Ibrahim sebagai penerbit. Ketahui perkembangan terkini dan pelbagai lagi maklumat Da’i musim ke-6 di laman sosial Facebook, Instagram & Twitter TV3Malaysia dan gunakan #DaiTV3 di laman sosial anda sebagai tanda sokongan dan untuk menyemarakkan lagi Da’i musim ke-6, Penyambung Legasi Dakwah!.

Biodata Peserta Da'i 6 (2018) TV3










Related Posts

Load comments