Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Padang Besar merampas 787 kilogram daun ketum bernilai RM62,000 hasil serbuan di sebuah rumah di FELDA Mata Ayer, Padang Beasr, Perlis kelmarin.
Komander AKSEM Perlis Syed Basri Syed Ali berkata, serbuan jam 11 malam Khamis lalu hasil risikan serta maklumat awam.
“Hasil serbuan, kami menemui ratusan bungkusan plastik berisi daun ketum berselerak di atas lantai stor rumah terbabit.
“Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat kerana ketika serbuan, tiada sesiapa di lokasi itu,” katanya, semalam.
Syed Basri berkata, daun ketum itu dipercayai dalam proses untuk diseludup ke negara jiran.
“Kami sudah mengenal pasti dalang utama kegiatan ini dan yakin menahan individu terbabit tidak lama lagi,” katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan daun ketum berkenaan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik untuk tindakan lanjut. - HMetro
Related Posts
7 ubat darah tinggi yang boleh menyebabkan kanser ditarik balikPihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sudah menggan ...
Diorama kubur oleh Ahmad Jafri (Jeff DRC Toys)Diorama kubur oleh Ahmad Jafri (Jeff DRC Toys). “ ...
(Video) Gara-gara kalah bola sepak, satu kampung bertumbuk di Serkam MelakaGara-gara kalah bola sepak, satu kampung bertumbu ...
Harga Hyundai Elantra 2019 facelift RM109kHarga Hyundai Elantra 2019 facelift RM109k. Hyund ...
Jokowi menang Pilihan Raya Presiden IndonesiaJokowi menang Pilihan Raya Presiden Indonesia. Pr ...
Kon jalan tersangkut di kepala budak darjah limaAkibat bermain dengan kon jalan, seorang murid le ...
Load comments