Sempena Hari Guru pada Rabu depan 16 Mei, cerekarama minggu ini membawakan telefilem
Terima Kasih Cikgu, terbitan Aniq Communication Sdn Bhd. Diarahkan oleh Zul Huzaimy Marzuki dan skrip DD Wahida, cerita ini bakal ditayangkan pada 12 Mei, Sabtu jam 9 malam di TV3.
Para Pelakon
Hasnul Rahmat, Fahrin Ahmad, Raja Ilya, Mohd Faizal Mohd Shauki, Zalfa Zin, Natasha Yasina, Jimmy Leong.
Video TKCikguSinopsis Terima Kasih Cikgu
Kisah Amar, seorang doktor dan bertemu dengan bekas gurunya, Cikgu Azman. Selepas bersara, Cikgu Azman disahkan menghidap penyakit kanser. Amar cuba merawat gurunya sebaik mungkin.
Video Teaser