Hatinya Bersalut Emas (TV1)

Hatinya Bersalut Emas

Saksikan telefilem 'Hatinya Bersalut Emas' yang memaparkan kisah kehidupan masyarakat Sabah. Ditunjangi oleh Adeline Tsen dan Soley Maubil. Telefilem terbitan produksi Rimatajam Sdn Bhd ini akan disiarkan hari Sabtu ini jam 10 malam di RTM saluran TV1.

JUDUL : HATINYA BERSALUT EMAS 
WAKTU SIARAN : Sabtu, 27 Januari 2018, 10.00 malam
SIARAN TV : Slot Panggung Seri (TV1-RTM)
PENULIS SKRIP : Abdullah Yusop Randiman
PENGARAH : Mohd Jamil Mutalib & Mohd Napi Dollah
TERBITAN : Syarikat Rimatajam Sdn Bhd
PELAKON : Adeline Tsen, Soley Maubil, Firdaus Dato Sri Jenar Lamda, Mohd Hifni Mustapha, Tak Wan Astro, Agus Salim Barli Pasdi, Novelis Abang Nandra, Kristo, Kilan, Mojhd Azizi Kari, Rosmin Kasmin, Boy, Fussh, Muhammad Shahqirin Muktar

SINOPSIS HATINYA BERSALUT EMAS 
Mengisahkan tentang Baruang, seorang pemuda kampung yang tinggal bersama emaknya. Dia tidak berpelajaran dan hanya tahu membuat kerja-kerja kampung. Budak-dudak kampung memang sukakan Baruang kerana dia baik hati.

Di kampungnya terdapat tanah adat yang sangat luas tetapi tidak diusahakan oleh orang-orang kampung kerana tidak mendatangkan hasil. Baruang bercita-cita menjadi pemandu lalu dia mengambil lesen memandu di sebuah sekolah memandu.

Di sini dia telah berkenalan dengan Moi, seorang anak wakil rakyat yang memahami kesulitan orang-orang kampung. Setelah mendapat lesen memandu, Baruang ke bandar untuk mencari kerja dan menumpang di rumah kawannya.

Dalam masa yang sama seorang usahawan, Rasdani bercadang membeli tanah-tanah di kampung Baruang untuk dijadikan sebagai kawasan agro pelancongan. Setelah membantu Rasdani dan konco-konconya dari dirompak, Baruang diambil bekerja sebagai pemandu oleh Rasdani.

Baruang pulang ke kampung setelah mengetahui emaknya dipatuk ular seterusnya meninggal dunia. Setelah emaknya tiada, dia berazam untuk tinggal di kampung dan menjaga tanah peninggalan orang tuanya.

Moi bercadang menubuhkan NGO bagi menolong orang-orang kampung dan mahu Baruang membantunya. Moi dan Baruang dapat menghalang orang-orang kampung daripada menjual tanah dan berjaya menukar tanah-tanah terbiar itu menjadi sawah yang sangat subur.

Related Posts

Load comments