Baru-baru ini terdapat khabar angin yang mengatakan hubungan penyanyi Sufian Suhaimi dengan tunangnya Elfira sedikit bermasalah. Semuanya berpunca daripada tindakkan mereka yang dilihat saling tidak lagi mengikuti laman Instagram masing-masing.
Sufian menjelaskan dia dan Elfira Loy tidak mengikuti laman Instagram masing-masing adalah disebabkan masalah teknikal. Sufian sudah banyak kali mencuba untuk mengikuti (follow) semula akaun Instagram tunangnya namun usahanya gagal begitu juga dengan Elfira.
"Saya sendiri tidak tahu macam mana saya dan Elfira tidak mengikuti laman Instagram masing-masing. Secara tiba-tiba saya tengok dah tak follow. Sufian masih tidak tahu punca bagaimana perkara tersebut boleh berlaku.
Selain itu Sufian berkata mereka tidak mempunyai sebarang masalah dan hubungan selain masih lagi baik biarpun hanya berhubung menerusi telefon. Bagaimanapun, Sufian tidak menafikan mereka ada melalui ujian pertunangan yang berpunca daripada orang sekeliling. Dia juga memohon semua mendoakan yang baik-baik untuk dirinya dengan Efira.
Sufian menghantar rombongan merisik Elfira selepas empat bulan berkawan rapat dan mereka mengikat tali pertunangan pada 6 Oktober lalu di Cheras, Kuala Lumpur. Perancangan awal untuk berkahwin mereka pada bulan Mac 2018 namun penyanyi lagu Terasa Ada ini memberitahu dia dan Elfira belum lagi mempunyai tarikh sebenar pernikahan.
Sufian dan Elfira bertunang pada Oktober lalu. |