Telefilem Jalan Sehala (TV1)

Jalan Sehala tv1

Saksikan telefilem Jalan Sehala lakonan Azhan Rani, Reen Rahim, Sherie Merlis, Wan Nazri, MImam Muda Najdi dam ramai lagi. Akan disiarkan menerusi slot Panggung Seri pada 25 November ini, pukul 10.00 malam di TV1.

JUDUL : JALAN SEHALA
TARIKH / MASA : Sabtu, 25 November 2017, 10.00 malam
SIARAN : Slot Panggung Seri (TV1-RTM)
PENGARAH : Yusni Yusof
TERBITAN : Multi Utama Sdn Bhd
PELAKON : Azhan Rani, Reen Rahim, Sherie Merlis, Imam Muda Najdi, Wan Nazri, Mazlan Iqbal, Jef Suira, Hannan Hassan, Pizi Jihat

SINOPSIS JALAN SEHALA 
Pak Ajis, seorang bekas banduan ingin kembali serta memohon maaf dari isteri dan anak anaknya setelah 20 tahun terpenjara. Selama dipenjara, Ajis dihantui rasa bersalah dan berhasrat menebus kesalahan yang pernah dilakukan.

Namun perjuangannya untuk kembali ke pangkal jalan tidak mudah. Dia bukan saja berdepan dengan pelbagai cabaran malah terpaksa menghadapi tekanan daripada dosa-dosa silam yang dilakukannya.

Dalam perjalanannya untuk pulang ke kampung, dia menumpang kereta seorang gadis yang lari dari rumah dikenali sebagai Elly. Mereka sama-sama tiada tujuan. Namun dalam perjalanan itu dia berdepan saat-saat mencemaskan. Di situ mereka mula mengenali diri masing-masing dan arah tujuan hidup.

Ajis tiba di kampung halamannya. Elly meneruskan perjalanan tanpa penghujung. Ajis diberitahu, isterinya Halimah telah meninggal dunia. Dua anaknya telah diserahkan kepada orang dan Haryati, anak gadis yang dinodai Ajis telah meninggal kerana tumpah darah.

Kepulangan Ajis telah menimbulkan konflik kerana pembahagian harta pusaka. Ajis terpaksa menyelami rahsia tersebut. Sesuatu yang harus diterima diterimanya sebagai takdir Allah dengan dosa-dosa yang dilakukan selama ini. Ajis redha dengan ketentuan Allah.

Dia bertemu dengan dua anaknya selepas tidak jemu berusaha mencari serta berdoa. Begitu pun masihkah ada ruang kemaafan untuknya?

Related Posts

Load comments