Drama Misi Laksa Dan Laksam (TV3)

Misi Laksa Dan Laksam

Drama terbaru Misi Laksa & Laksam menemukan semula gandingan Aqasha dan Rita Rudaini. Drama bersiri 20 episod ini diarahkan oleh Azmi Hatta. Akan ditayangkan di slot Dahlia TV3. Saksikannya bermula 4 November, setiap hari Jumaat hingga Ahad pukul 6.58 petang di TV3.

JUDUL : MISI LAKSA & LAKSAM
EPISOD : 20 episod
TARIKH TAYANGAN : 4 November 2017
HARI / MASA : Jumaat-Ahad, 6.58 petang
SIARAN : Slot Dahlia TV3
PENGARAH : Azmi Hatta
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Aqasha, Rita Rudaini, Raysha Rizrose, Wan Umar Harith, Farzana Latiff, Sheila Mambo, Lydiawati, Kuna, Ridwan Mustafa, Nada Syuhada, Haff Rizuan, Joe Merong, Tengku Fiella, Tatty Hassan

WATAK PELAKON 
Aqasha sebagai Hakimi
Rita Rudaini sebagai Fiza
Raysha Rizrose sebagai Mek Su
Wan Umar Harith sebagai Iskandar
Farzana Latiff sebagai Fea 

LAGU TEMA / OST 
Lagu : Santai
Artis : Nanasheme feat Eyza Bahra

SINOPSIS MISI LAKSA DAN LAKSAM
Mengisahkan Fiza (Rita Rudaini) disahkan mengidap kanser payudara tahap tiga. Walaupun sudah beberapa kali menjalani kimoterapi dan pembedahan, Ibu kepada dua anak ini masih gigih menjalani kehidupan seharian dek semangat yang tidak pernah luntur untuk melihat suaminya, Hakimy (Aqasha) dan dua orang cahaya mata, Iskandar (Wan Umar Harith) dan Fea (Farzana Latiff). Mengetahui yang umurnya kian singkat, Fiza berdoa setiap hari agar dia dapat mencari pengganti isteri yang baik untuk suaminya dan ibu yang bertanggungjawab terhadap anak-anaknya kelak.

Pelbagai usaha telah dilakukan dalam misi pencariannya ini, namun Hakimy yang terlalu menyayanginya belum bersedia menerima pengganti Fiza. Ada beberapa calon yang dirasakan sesuai untuk Hakimy tetapi tidak berupaya menjaga anak-anaknya dengan penuh kasih sayang.

Suhaina atau lebih mesra dikenali sebagai Mek Su (Raysha Rizrose) merupakan guru di Taska yang dihadiri Fea. Seorang gadis yang sederhana, cantik serta pandai mengambil hati kanak-kanak. Untuk menambah wang saku, Mek Su bekerja sebagai tutor merangkap “baby sitter” kepada Fea dan Iskandar jika Fiza menjalani rawatan di hospital. Walaupun begitu, Fiza tidak memasukkan Mek Su di dalam senarai penggantinya kerana dia kadang-kala kelihatan selekeh dan kekampungan sedikit.

Walaupun Mek Su kerap ke rumah, Hakimy tidak pernah sekali pun terserempak dengannya. Namun pada suatu hari, mereka telah bertemu dan Hakimy sedikit sebanyak menyukai Mek Su. Tambahan pula, Mek Su pandai memasak terutamanya laksam, makanan tradisional negeri Kelantan. Meskipun masakannya sedap, Hakimy tidak begitu menggemari masakan pantai timur kerana kemanisannya.

Dapatkah Fiza mencari pengganti dirinya? Sudikah Hakimy membuka sedikit ruang di hatinya untuk orang lain selain Fiza?

Misi Laksa dan Laksam

Related Posts

Load comments