Sinopsis Tombiruo Penunggu Rimba

Tombiruo Penunggu Rimba

Filem ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ merupakan adaptasi karya novelis Ramlee Awang Murshid. Filem yang berlatarbelakangkan negeri Di Bawah Bayu ini diarahkan oleh Nasir Jani dan Seth Larney. Menampilkan lakonan Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, M. Nasir dan ramai lagi. Akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai pada 12 Oktober 2017.

TAJUK : TOMBIRUO:PENUNGGU RIMBA
Tarikh Tayangan : 12 Oktober 2017
Genre : Aksi / Drama 
Pengarah : Nasir Jani, Seth Larney
Terbitan : Astro Shaw Sdn Bhd
Pelakon : Zul Ariffin, Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Hasnul Rahmat, Datuk M. Nasir, Faye Kusyairi, Datin Marlia Musa, Dynas Mokhtar, Michael Chan, R. Azmi Ismail
Terbitan : Astro Shaw, Ideate Media, Grup Buku Karangkraf, Layar Sunan

WATAK PELAKON 
Zul Ariffin sebagai Ejim (Tombiruo)
Farid Kamil sebagai Amiruddin
Nabila Huda sebagai Wan Suraya 
Faizal Hussein sebagai Pondolou
Datuk M. Nasir sebagai Tan Sri Berham
Hasnul Rahmat sebagai Juslan
Faye Kusyairi sebagai Salina 
Michael Chen sebagai Wong
Farah Ahmad sebagai Monsiroi
Datin Marlia Musa sebagai Bonda
Faye Kusairi sebagai Salina
Dynas Mokhtar  sebagai Baizura
Atu Zero sebagai Ondu

SINOPSIS TOMBIRUO: PENUNGGU RIMBA
Berkisarkan dendam Ejim, seorang lelaki gagah yang tidak berwajah manusia di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya mencari pembunuh Pondolou diganggu oleh Amiruddin yang kini memburunya di atas kematian isteri tercinta, Salina.

Ejim digelar sebagai Tombiruo kerana dianggap sebagai penunggu rimba. Lelaki yang sentiasa bertopeng ini disisihkan oleh penduduk kerana memiliki wajah bukan manusia.

Kehadiran Tombiruo penuh misteri dan sering ditakuti serta dicaci oleh penduduk kampung. Apabila Wong dan kuncu-kuncunya membuat kacau di kampung untuk meneruskan aktiviti empangan, satu insiden telah berlaku dan menimbulkan kemarahan Tombiruo.

Sementara itu, Amiruddin menganggap Tombiruo sebagai punca keperitan hidup keluarganya dan mula menjejaknya. Pergelutan diantara mereka berlaku demi menegakkan kebenaran masing-masing.

Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya yang mengikuiti perkembangan isu syarikat Tan Sri Berham turut mengikuti jejak Tombiruo. Wan Suraya begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.

Wan Suraya dapat rasakan Tombiruo tidak membahayakan seperti diperkatakan. Namun, apabila Amiruddin dan Tombiruo bertemu, mereka bertarung demi membela nasib orang-orang yang mereka sayangi. Firasat Wan Suraya kuat mengatakan Tombiruo dan Amiruddin adalah mangsa keadaan.

Dengan semangat dari hutan telah mengiringi kekuatan Tombiruo. Tetapi hakikatnya, sebuah rahsia diantara mereka berdua yang sudah lama tersimpan terbongkar.

Apakah kaitan mereka berdua sebenarnya? Siapakah dalang di sebalik insiden yang berlaku selama ini?

TRAILER


Tombiruo Penunggu Rimba

Related Posts

Load comments