Pemansuhan Tarif Insurans Kenderaan
Tarif insurans kenderaan yang sedia ada akan dimansuhkan selepas raya atau lebih tepat lagi bermula pada 1 Julai 2017 sistem insurans di Malaysia akan berubah kepada sistem tarif yang baru.Pada fasa pertama ini dijangkakan akan berlaku kenaikan harga maksimum dalam 10%. Fasa pertama? ya akan berlaku lagi lepas ini fasa² seterusnya.
Untuk fasa pertama, liberalisasi insurans kenderaan bermotor selama setahun bermula Julai 2017 hingga Ogos 2018, menetapkan harga produk insurans kenderaan bermotor tidak lagi ditentukan Tarif Motor, iaitu senarai harga yang sudah ditetapkan, sebaliknya ditentukan setiap penanggung insurans dan pengendali takaful.
Namun, kadar premium produk Motor Pihak Ketiga akan terus tertakluk kepada taraf tarif sedia ada. Ia akan dinilai berdasarkan prestasi pelaksanaan liberalisasi insurans kenderaan bermotor selama setahun.
Sistem Tarif Sedia Ada
Selama 30 tahun harga insurans dikawal oleh tarif Bank Negara. Harga insurans ditentukan oleh market value, cc dan loading.Oleh sebab dikawal, jadi harga pun lebih kurang sama je antara semua syarikat insurans. Beza sikit-sikit je untuk kenderaan yang sama.
Apa Itu Pemansuhan Tarif?
Harga insurans kenderaan TIDAK lagi dikawal oleh Bank Negara. Setiap syarikat insurans bebas letak harga sendiri.Mereka juga bebas nak revise harga pada bila-bila masa. Sistem ini telah lama dipakai di US, UK, German, China, Thailand dan Singapore.
Apa Kesannya Kepada Pengguna?
- Mungkin harga insurans kenderaan akan naik dalam 10%. Tetapi ada pendapat mengatakan akan berlaku penurunan harga apabila wujudnya persaingan nanti.
- Syarikat insurans akan perkenalkan lebih banyak produk baru.
- Kualiti servis insurans akan bertambah baik untuk tarik pelanggan.
Pengiraan Tarif Baru Nanti?
Pengiraan baru akan mengambil kira risiko pemilik untuk tentukan harga. Risiko rendah, harga lagi murah. Risiko tinggi, harga lagi mahal.Antara perkara yang akan diambil kira:
- jantina
- model dan jenis kenderaan
- pekerjaan
- rekod claim
- kegunaan kereta
- umur
- tempat tinggal
Jadi Ingat Ini!
- Bermula Julai 2017, sebelum beli survey dulu harga. Ada lebih 30 syarikat insurans kenderaan di Malaysia. Setiap syarikat kenderaan akan kenakan harga yang berbeza. Tapi tak semestinya murah tu terbaik. Kena compare juga reputasi dan servis insurans tu.
- Bawak kereta dengan selamat. Tak mustahil nanti insurans akan consider saman dan mata kejara untuk kira harga.
- Sebelum beli kenderaan baru pun survey-survey dulu harga insuransnya.