Sinopsis Filem Hijabsta Ballet

Hijabsta Ballet

Filem Hijabsta Ballet arahan Syed Zulkifli Syed Masir mengangkat tema keagamaan mengenai aurat wanita dan tarian balet. Filem kerjasama terbitan Explosive Magic Sdn Bhd dan Persatuan Sutradara Filem Malaysia ini mempertaruhkan bakat baharu iaitu Puteh Maimun Zahra selaku teraju utama. Turut menampilkan barisan pelakon baru dan lama iaitu Danny Syazlee, Afeera Rahman, Betty Benafe, Aida Khalida, dan Aman Graseka. Filem Hijabsta Ballet yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 3 Ogos 2017. 

TAJUK : HIJABSTA BALLET
Tarikh Tayangan : 3 Ogos 2017
Genre : Drama
SKRIP : Top Ali, Zailan, Khalil, Syed Zulkifli Syed Masir
Pengarah : Syed Zul Toko (Syed Zulkifli Syed Masir)
Terbitan : Explosive Magic Sdn Bhd (EMAGIC) & Persatuan Sutradara Filem Malaysia (FDAM)
Pelakon : Puteh Maimun Zahrah, Betty Benafe, Aman Graseka, Aida Khalida, Danny Syazlee, Afeera Rahman, Keena Mentor

SINOPSIS HIJABSTA BALLET
Mengisahkan tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh Adele Shakiri. Luaran Adele jauh dari bangsanya. Namanya tidak menggambarkan Melayu, sebutannya pelat, bahasanya campur, pakaian balletnya bertentangan dengan pakaian bangsanya tetapi hatinya ingin dekat kepada bangsa dan agama.

Adele, remaja perempuan memegang teguh impian ibunya dan sangat berbakat hingga mendapat biasiswa ke akademi balle ternama di Rusia tetapi kemudian tiba-tiba membuat keputusan untuk berhijab. Ibunya tak boleh nak larang, tapi hatinya remuk, patah, harapannya hancur bagai kaca yang berderai. Adele mendapat tentangan hebat apabila dia mahu menyatukan hijab dalam dunia balet. Dia hilang kawan, rakan selatihan menolak, keluarga berantakan. Dunia ballet menolaknya jauh, agamawan mendesaknya, ekstrimis mengancam mencederakannya. Oleh itu, dia telah membawa diri ke Perth, Australia namun tentangan yang dihadapinya lebih besar berbanding di negara sendiri.

Pelakon Hijabsta Ballet
Pelakon filem Hijabsta Ballet
OFFICIAL TRAILER


Related Posts

Load comments