Seharum Rindu 2 (TV1)

Seharum Rindu 2

Drama bersiri Seharum Rindu 2 menampilkan lakonan utama Ayu Raudhah, Shiqin Kamal, Shah Iskandar, dan Erry Putra. Bakal disiarkan menerusi slot Bidadari mulai 3 Julai ini, setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 3.05 petang di TV1. Juga boleh menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my) atau melalui aplikasi myklik.

JUDUL : SEHARUM RINDU 2
EPISOD : 26 episod 
TARIKH TAYANGAN : 3 Julai 2017
HARI / MASA : Isnin-Jumaat, 3.05 petang
SIARAN : Slot Bidadari (TV1 | RTM)
SKRIP : Yaya Abu Bakar 
PENGARAH : Sabree Fadzil
TERBITAN : Qaisworks Sdn Bhd
PELAKON : Ayu Raudhah, Shiqin Kamal, Shah Iskandar, Erry Putra, Dilla Ahmad, Sheeda Ali, Muhammad Ameer Imran

WATAK PELAKON 
Ayu Raudhah sebagai Ameera
Shiqin Kamal sebagai Illana
Shah Iskandar sebagai Dr. Aiman
Erry Putra sebagai Helmi
Muhammad Ameer Imran sebagai Adam
Dilla Ahmad sebagai Datin Aini 

SINOPSIS SEHARUM RINDU 2
Mengisahkan kehidupan dua kembar, Illana dan Ameera yang berhadapan dengan situasi hampir sama di mana mereka dirawat di hospital dalam masa serentak, atas sebab yang berbeza.

Illana yang koma telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya, Kartini kepada pasangan Dato’ Amran dan Datin Aini. Begitu juga dengan Ameera yang turut dirawat di hospital sama setelah terlibat dalam kemalangan bersama tunangnya, Helmi. Ameera trauma dengan kejadian yang telah membunuh tunangnya itu.

Dalam menjalani proses terapi, masing-masing terpikat dengan Dr. Aiman, doktor yang sama berstatus duda menjaga mereka berdua. Dr. Aiman memiliki anak tunggal bernama Adam. Illana yang hilang ingatan sebaik sedar dari koma cuba untuk mengingati semula siapa dan dari mana asal usulnya kerana ibu dan bapa angkatnya itu menyembunyikan situasi sebenar. Begitu juga dengan Ameera yang menyembunyikan identiti mereka yang sebenar.

Sementara itu Shanaz menunjukkan rasa tanggungjawab dan cuba mendekati Ameera. Sebaliknya Ameera mula rimas dengan layanan mesra Shanaz terhadap dirinya. Kehadiran Dr. Aiman berjaya menepis perasaan traumanya dan dirinya kembali ceria. Pada masa sama Illana mula rapat dengan Adam kerana naluri keibuannya yang memang sukakan kanak-kanak. Begitu juga dengan Dr. Aiman.

Situasi itu menimbulkan cemburu di hati Illana dan Ameera apabila Dr. Aiman melayan mereka sama rata dan mesra. Ameera dapat menghidu sesuatu yang tidak kena dengan Shanaz yang tidak sudah-sudah mendesak Ameera menerimanya sebagai kekasih. Apatahlagi ibu Shanaz, Faridah yang bekerja dengan Dato’ Amran menjadi orang kepercayaan keluarganya.

Satu hari berlaku konflik bila Illana terjumpa keratan akhbar dan maklumat berkaitan kemalangan Ameera dahulu yang mana mangsa yang meninggal dunia adalah isteri Dr. Aiman. Ameera terkejut bila mengetahui berita itu apatahlagi disaat dia mula menyukai Dr. Aiman. Dirinya diburu rasa bersalah yang teramat sangat.

Related Posts

Load comments