Ghazal Yang Hilang (TV1)

Ghazal Yang Hilang

RTM akan menyiarkan telefilem Ghazal Yang Hilang yang mengangkat irama muzik ghazal yang cukup unik dan istimewa. Telefilem arahan Mejar Zainal Hayat ini menampilkan lakonan Zahirah MacWilson, Idris Md Diah, Liza Abdullah, Mubarak Majid, Qazem Nor dan Fauziah Gambus. Akan ditayangkan pada Sabtu ini, pukul 9.30 malam mengisi slot Panggung Seri di TV1.

JUDUL : GHAZAL YANG HILANG
TARIKH / MASA : Sabtu, 15 Julai 2017, 9.30 malam
SIARAN : Slot Panggung Seri (TV1-RTM)
PENGARAH : Mejar Zainal Hayat
TERBITAN : Trex Hasrat Sdn Bhd
PELAKON : Zahirah MacWilson, Dollah Gambus, Idris Md Diah, Liza Abdullah, Mubarak Majid, Qazem Nor, Fauziah Gambus

SINOPSIS GHAZAL YANG HILANG
Kisah Zahra yang menetap di Australia kembali ke kampung asal bapanya untuk menziarahi datuk dan neneknyanya. Datuknya merupakan bekas anggota kumpulan ghazal “Sri Murni” yang telah pun berkubur.

Zahra tertarik kepada ghazal dan berusaha untuk menghidupkannya kembali. Bagaimana pun dia menghadapi masalah kerana ghazal telah pun diharamkan di kampung itu oleh Pak Hambali, bekas ketua kampung.

Zahra tetap berusaha memujuk orang-orang kampung yang pernah terlibat dengan ghazal untuk membantunya menghidupkannya kembali. Dia juga berusaha untuk mendekati Hamid, pemain gambus yang merupakan anak kepada Pak Jumat, anggota “Sri Murni” yang meninggal semasa persembahan.

Ghazal Yang Hilang

Usaha Zahra ditentang oleh Pak Hambali dan anaknya Hanafi telah memberi amaran kepada Zahra. Hanafi juga merupakan pengurus koperasi di kampung tersebut yang telah pecah amanah.

Ternyata usaha Zahra tidak sia-sia kerana dia berjaya mengumpulkan kembali pemain ghazal dan menubuhkan “Sri Murni 2”. Kemunculan Mahani anak Pak Hambali sebagai penyanyi ghazal berjaya mengubah pendirian Pak Hambali kepada ghazal.

Related Posts

Load comments