Drama Cinta di Langit Cardiff

Cinta di Langit Cardiff

Saksikan gandingan Amar Bahrin dan Amyra Rosli dalam drama bersiri Cinta di Langit Cardiff. Turut membintangi drama ini ialah Hafeez Mikail, Shakila Khoriri, dan Marisa Yasmin. Drama bersiri sebanyak 13 episod ini diarahkan oleh Rahila Ali dibawah terbitan Pena Kreatif Sdn Bhd. Bakal disiarkan di TV2 mulai 4 Julai, setiap hari Selasa hingga Khamis pukul 8.35 malam.  

JUDUL : CINTA DI LANGIT CARDIFF  
EPISOD : 13 episod
TARIKH TAYANGAN : 4 Julai 2017
HARI / MASA : Selasa-Khamis, 8.35 malam
SIARAN : Slot Selekta Prima (TV2-RTM)
SKRIP : Amy Aini, Wira Hijau, Nostrezz Team
PENGARAH : Rahila Ali
TERBITAN : Pena Kreatif Sdn Bhd
PELAKON : Amar Bahrin, Amyra Rosli, Shakila Khoriri, Hafeez Mikail, Marisa Yasmin, Zarina Zainuddin, Zack Idris, Theera Alias, Hafreez Adam, Aman Shah, Sherry Merlis, Afique Hussain, Laila Nasir, Aishah Harith, Reza, Norman

WATAK PELAKON
Amyra Rosli sebagai Tasha
Amar Bahrin sebagai Ashraf
Hafeez Mikail sebagai Imran
Marisa Yasmin sebagai Ruby
Shakila Khoriri sebagai Natalia
Zack Idris sebagai Nordin
Aman Shah sebagai Jalal
Zarina Zainuddin sebagai Nelle
Hafreez Adam sebagai Amri
Sherry Merlis sebagai Puan Sri Aida
Theera Alias sebagai Habibah
Afique Hussain sebagai Rahim
Laila Nasir sebagai Mimie
Aishah Harith sebagai Azizah 

LAGU TEMA / OST 
Kisah Cinta Kita - Amyra Rosli & Amar Baharin
Hujan Kemarin - Taxi Band
Sempurna Waktu - Ir Radzi

SINOPSIS CINTA DI LANGIT CARDIFF
Mengisahkan Tasha yang ingin melangsungkan pernikahan dengan kekasih hatinya Imran. Namun berlaku kejadian bila mana Pak Jalal yang ditugaskan oleh ayahnya Nordin menjadi saksi bermatian-matian menegaskan pernikahan itu tidak sah kerana Nordin bukanlah bapa kandung Tasha. Nordin berang dengan tindakan Pak Jalal itu yang dianggap memalukannya sedangkan ianya memang salah di sisi agama.

Nordin memberhentikan Pak Jalal daripada menjadi pemandu peribadinya. Tasha kecewa bila mengetahui kebenaran dirinya hanyalah anak angkat. Begitu juga dengan Imran. Namun Imran menegaskan kepada keluarganya bahawa dia nekad mahu mengahwini Tasha. Tetapi tidak bagi Talia, adik angkat Tasha. Kesempatan yang ada digunakan mahu memutuskan hubungan Tasha dan Imran. Talia mengaturkan perancangan keji hingga Imran terperangkap dengan situasi telah memperkosa Talia di hotel. Dia memasukkan pil khayal ke dalam minuman Imran hingga membuatkan Imran akhirnya terpaksa mengahwininya.

Tasha begitu kecewa dengan kenyataan itu. Hilang angan-angannya untuk berkahwin dengan Imran di Thailand. Kekecewaannya membawa Tasha bertindak mahu menjejak ibu kandungnya. Dengan bantuan Pak Jalal, Tasha ke Cardiff berbekalkan alamat diberikan. Meskipun sedar bakal berdepan dengan cabaran namun Tasha nekad dengan keputusannya.

Ketika sampai di Cardiff, Tasha telah diragut dan kemudian dia dibantu oleh Ashraf, seorang pemuda Malaysia yang bekerja di sana. Talia pula merintih dengan sikap dingin Imran terhadap dirinya dan beliau sering menerima panggilan telefon misteri manakala Imran masih cuba untuk menghubungi Tasha. Ashraf sempat bertukar nombor telefon dengan Tasha supaya senang berhubung sekiranya Tasha memerlukan apa-apa pertolongan memandangkan beliau baru sampai ke Cardiff. Ashraf bertemu dengan Mimi di kafe di mana Mimi memaklumkan akan pulang ke Malaysia. Majikan Mimi iaitu Puan Ruby, pemilik kedai bunga memerlukan pekerja untuk menggantikan tempat Mimi. Tasha berkunjung ke alamat di poskad dengan harapan dapat berjumpa dengan Puan Salina namun hampa apabila diberitahu yang Puan Salina sudah berpindah rumah.

Tasha bingung di mana dia hendak mencari Puan Salina dan berkongsi kisah dukanya bersama Ashraf tentang pencarian ibu kandung dan juga hubungannya dengan Imran yang sudah berkubur. Ahsraf mencadangkan Tasha bekerja sementara dengan Puan Ruby sambil meneruskan misi mencari ibu kandungnya yang akan dibantu Ashraf. Sementara itu, Talia bersetuju untuk berjumpa dengan pemanggil misteri yang sering mengganggunya sebelum ini.

Talia berjumpa dengan pemanggil misteri dan terkejut melihat individu tersebut adalah Amri yang merupakan bekas kekasihnya dahulu sebelum berkahwin dengan Imran. Amri mengugut Talia untuk mengikut segala kehendaknya atau dia akan dedahkan maklumat bahawa anak yang dikandungkan Talia sebenarnya adalah anak Amri, hasil hubungan haram mereka suatu ketika dahulu dan bukannya anak Imran seperti sangkaan ramai.

Tasha pula bersetuju dengan cadangan Ashraf untuk bekerja sementara di kedai bunga milik Puan Ruby. Ashraf berjanji dengan Tasha akan membawanya berjumpa sendiri dengan Puan Ruby. Ketika pertemuan tersebut berlaku, hati Tasha dan Puan Salina tiba-tiba terdetik seolah-olah wujud persamaan tanpa mereka mengetahui puncanya. Tasha mula bekerja di kedai bunga dan beliau juga berkongsi dengan Puan Salina berkaitan dengan tujuannya datang ke Cardiff. Amri berterusan mengugut Talia untuk memaksanya bertemu dengannya untuk melampiaskan nafsu beliau dan Talia mula tidak selesa dengan situasi tersebut.

Tasha membuat pengakuan yang dirinya terlalu cetek ilmu agama dan tidak pernah tahu cara bersolat. Ashraf yang sering menghadiri kelas agama berjanji akan membantu Tasha berubah ke arah mendekatkan diri kepada Allah. Tasha mula menghadiri kelas agama dan belajar bersolat. Kadang-kadang Tasha bersolat jemaah dengan Puan Salina dan berimamkan Ashraf. Talia mula selesa keluar berfoya-foya dengan Amri untuk menghilangkan kebosanan beliau tambahan pula suaminya, Imran terus tidak mempedulikannya. Kenderaan yang dipandu Amri terlibat dalam kemalangan setelah dia dan Talia pulang dari kelab malam dalam keadaan mabuk. Amri meninggal dunia manakala Talia cedera parah serta tenat di hospital. Lalu apakah kesudahannya?

GAMBAR PELAKON
Pelakon Cinta di Langit Cardiff
Pelakon utama drama Cinta di Langit Cardiff

Related Posts

Load comments