Kelebihan sistem baru selepas dinaik taraf.
- Anda sudah boleh berurusniaga dengan TANPA buku
- Anda akan memperoleh nombor akaun 12 digit untuk ASB
- Anda boleh melakukan transaksi di semua cawangan ASNB dan ejen Maybank, CIMB, RHB, Pos Malaysia, Ambank, BSN dan Affinbank
Daftar Di MyASNB
Anda tahu ASNB Online? Kini akaun ASNB boleh diakses secara online. Jom daftar di Portal MyASNB.Pelabur yang mempunyai akaun dalam mana-mana unit amanah ASNB kini boleh mendaftar di MyASNB untuk memudahkan urusan pelaburan:
- Pelaburan tambahan* (tanpa caj jualan)
- Semakan baki pelaburan terkini, 'realtime'.
Sebelum mendaftar di MyASNB, anda perlu mengemaskini maklumat peribadi terutamanya nombor telefon di cawangan atau ejen ASNB.
Borang Kemaskini Maklumat ASNB
http://www.asnb.com.my/v3_/pdf/perkhidmatan/lainlain/20161230_ASNB-KM-V3.pdf
Muaturun borang ini dan lengkapkan untuk memudahkan proses mengemaskini nombor telefon dan emel anda di cawangan/ejen ASNB
Laman web MyASNB www.myasnb.com.my
Waktu Operasi MyASNB
- Unit Amanah Harga Tetap : 07:00 AM hingga 06:30 PM waktu tempatan, Ahad hingga Jumaat kecuali cuti umum.
- Unit Amanah Harga Berubah : 07:00 AM hingga 04:00 PM waktu tempatan, Ahad hingga Jumaat kecuali cuti umum.