Neelofa Sambut Hari Jadi Dengan Kek Bertatahkan Kristal Swarovski RM22K




Boleh dikatakan hari-hari kita mendengar kisah pengacara terkenal Neelofa sama ada di media sosial ataupun di televisyen. Terbaru Neelofa mendapat kejutan sempena Hari Jadinya yang ke 28 tahun iaitu dia dihadiahkan kek yang mencecah nilai RM22,000.

Kalau difikir logik tidak mungkin ada kek yang harganya sebegitu rupa namun sebenarnya kek tersebut sejenis kek yang bertatahkan batu Swarovski. Kekyang bertatahkan 5 ribu kristal Swarovski itu merupakan tajaan syarikat Swarovski Malaysia.

Kejutan sambutan hari jadi pelakon Suri Hati Mr Pilot itu diadakan sewaktu majlis pelancaran hijab Lady Lofa by Naelofar Hijab yang diadakan di pusat beli-belah Publika

Sebelum ini iaitu pada tahun lepas, Neelofa telah meraikan ulang tahun kelahirannya dengan kek bertatahkan kilauan batu swarovski beharga RM6,000 yang ditempahnya sendiri.

Kek RM6,000 dan RM22,000 dah dirasa Neelofa, agak-agak selepas ini kek bernilai ringgit malaysia berapa pula bakal menghiasi majlis birthday aktres cantik ini?


A photo posted by Lofattah Fans (@lofattah.4ever) on 

Related Posts

Load comments