Roti Boom Mak Tom (TV2)

Roti Boom Mak Tom

Saksikan telefilem komedi Roti Boom Mak Tom lakonan Lizza Abdullah, Nadia Mustafa, Aliff Hadi, Kazar Saisi, dan Anne Abdullah, pukul 10.00 malam ini menerusi slot Citra TV2. Juga boleh menontonnya di myklik.rtm.gov.my

JUDUL : ROTI BOOM MAK TOM
TARIKH / MASA : Selasa, 11 Oktober 2016, 10.00 malam
SIARAN : Slot Citra TV2 (RTM)
TERBITAN : Hadir Dinamik Sdn Bhd
PELAKON : Liza Abdullah, Kazar Saisi, Alif Hadi, Nadia Mustafa, Aidil Aziz, Anne Abdullah

SINOPSIS ROTI BOOM MAK TOM
Mak Tom (Liza Abdullah) seorang ibu tunggal yang sangat berdikari dan berusaha sedaya upaya untuk mengendalikan sebuah gerai kecilnya yang menjual roti canai, roti boom dan sebagainya.

Selain rajin memasak dia juga tidak mahu ketinggalan untuk mengetahui isu semasa, di samping menjaga penampilan diri, berhias dan adakalanya mulutnya agak celoteh. Namun hatinya baik kerana mengetahui dirinya seorang ibu tunggal yang harus membesarkan anak lelakinya Azlan (Alif Hadi). 

Azlan, lakonan Alif Hadi seorang pelajar kolej swasta yang baru berusia 19 tahun. Saat menjalani kehidupan sebagai anak remaja, Azlan juga rimas dengan cemuhan orangorang kampung tentang ibunya.

Pada masa yang sama Mak Tom menghadapi masalah pekerja lari dan restorannya pula tidak mendapat sambutan. Mak Tom terpaksa mempelajari pelbagai teknik dan cara membuat kuah serta roti boom di kolej anaknya. Kebetulan terdapat kursus khas untuk membuat kek dan roti.

Pelakon Roti Boom Mak Tom
barisan pelakon telemovie Roti Boom Mak Tom
Azlan berasa malu tatkala mendapat tahu bahawa ibunya belajar di kolej itu dan cuba menghalang ibunya menyertai kursus di sana. Mak Tom telah diganggu oleh Pak Hassan (Kazar Saisi) yang sudah pun beristeri dua. Akibat godaan Pak Hassan, Mak Tom tidak dapat menumpukan perhatian dalam kelas tersebut dan terus menolak lamaran Pak Hassan.

Ternyata usaha Mak Tom dan anaknya berjaya. Selepas beberapa bulan restoran Mak Tom menjadi terkenal kerana dia semakin pandai membuat roti boom selepas menyertai kursus. Mak Tom semakin dikenali oleh orang-orang kampung.

Sikap peramah dan mudah bergaul membuatkan para isteri cemburu dengan personaliti Mak Tom. Azlan sudah masak dengan sikap ibunya yang kadang kala tidak tetap pendirian. Dugaannya sentiasa digoda oleh lelaki yang sudah beristeri malah ada juga lelaki muda yang cuba memikat hatinya.

Suatu hari Mak Tom telah berkenalan dengan seorang jejaka tampan bernama Jeffri. Azlan tidak pernah bersetuju dengan tindakan ibunya. Adakah Mak Tom menerima lamaran jejaka yang diidamkan?

Related Posts

Load comments