Mat Salleh Sangat (TV1)

Mat Salleh Sangat

Saksikan telefilem komedi romantik : Mat Salleh Sangat, pada Ahad 4 September 2016, pukul 10.30 pagi di TV1. Lakonan Janna Nick, Erwin Dawson, Fimie Don, Falisha Crossley dan ramai lagi.

JUDUL : MAT SALLEH SANGAT
TARIKH / MASA : Ahad, 4 September 2016, 10.30 pagi
SIARAN : Slot Panggung Ahad TV1 (RTM)
PENGARAH : Jet Lee (M Nazir Juhan)
TERBITAN : SYD Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Janna Nick, Erwin Dawson, Falisha Crossley, Norseha, Dian P.Ramlee, Fathil Dani, Fimie Don, Sharonizam 

SINOPSIS MAT SALLEH SANGAT
Kisah tentang Haji Halim yang mahukan anaknya Mimi berkahwin cepat. Ini kerana jika tidak Mimi akan dikahwinkan dengan sepupunya, Haikal. Namun Mimi tidak bersetuju dengan cadangan ayahnya itu.

Mimi sebaliknya mahu memberikan sepenuh perhatian kepada kerjanya di sebuah syarikat kepunyaan Puan Khairah. Sementara itu muncul anak Puan Khairah bernama Johan yang baru tamat pengajian dan mula belajar bekerja di syarikat itu.

Meskipun pada mulanya dia enggan berkongsi masalahnya dengan sesiapa, tetapi kemudiannya Mimi memberitahu Johan masalahnya dan meminta Johan membantunya menyamar sebagai Mat Salleh untuk diperkenalkan kepada bapanya Hj Halim sebagai calon suaminya.

Pada mulanya Haji Halim mempercayai Mimi dan mula suka kepada Johan yang diberi nama Juan. Tetapi akhirnya Haji Halim terdengar Johan berdoa dalam bahasa Melayu dengan amat fasihnya dan memarahi Mimi kerana membohonginya.

Dalam pada itu Puan Khairah telah dicolek oleh Shidi, bekas bekerja yang dipecat kerana menipu pelanggan dengan mengurangkan barangan yang dijual. Shidi berdendam dengan Puan Khairah dan mencoleknya untuk meminta wang tebusan sebanyak 5 juta ringgit.

Johan bergegas pulang untuk menyelamatkan ibunya, Puan Khairah. Polis telah dihubungi dan berjaya memberkas Shidi. Haji Halim dan isterinya kemudian terkejut apabila Johan bersama ibunya datang ke rumahnya untuk melamar Mimi. Adakah lamaran tersebut diterima keluarga Mimi?

Pelakon Mat Salleh Sangat
Gambar pelakon telemovie Mat Salleh Sangat

Related Posts

Load comments