A Rahman Hassan meninggal dunia

Penyanyi terkenal era pop yeh yeh, Datuk A Rahman Hassan meninggal dunia pada usia 73 tahun, di Hospital Ampang, jam 12.40 malam tadi. Ia disahkan anak sulungnya, Khir Rahman.

A Rahman Hassan meninggal dunia

Rahman yang popular pada era 1960-an bersama Orkes Nirwana menerusi lagu Tak Mengapa, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang selepas pitam di sebuah stesen minyak di Ampang.


Kejadian yang berlaku pada jam 10 malam Isnin lalu itu menyaksikan A Rahman diselamatkan serta dihantar ke hospital menaiki ambulans.

Khir memaklumkan Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga.

Katanya, jenazah bapanya akan dimandikan di hospital dan akan dibawa pulang ke rumah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat.

Jenazah ayahnya kemudian akan dikebumikan selepas Zohor di tanah perkuburan yang turut menempatkan jenazah isterinya, Allahyarham Datin Azizah Mohamad yang meninggal dunia pada 26 April 2013.

Al Fatihah.

Related Posts

Load comments